Terlajak Perahu Boleh Reverse, Terlajak Cakap Kena Beli

Terlepas cakap, “Adik nak pizza?” (untuk ajak dia bercakap je sebenarnya, nak elakkan dia tertidur dalam kereta).

Dia jawab.. “Pizza”. Maksudnya, nak lah tu.

Dari tempat ambik ibu dia balik kerja dalam jam 6.30 petang sampai ke jam 8.00 malam (lepas berbuka), dia duk ulang perkataan yang sama je.

“Pizza.. Pizza..”

Bila cakap pizza belum beli lagi, dia memberontak. Siap guling-guling atas lantai.

At last, lepas berbuka dan solat semua.. aku pergi Domino’s Pizza. Belikan pizza untuk dia.

Bawak balik, tunjuk kat dia. Terus senyum. Tak sabar nak makan.

Khair makan Pizza

Ambik pinggan, duduk bersila. Makan sambil buat peace. Hahaha.

p.s: Lain kali kena hati-hati bila bercakap dengan Khair. ;p

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply
    1. Sama la dengan anak saya..jangan ditanya benda yang tiada depan mata, cakap kedai tutup ke, kedai tak jual (walaupun dah bawa ke kedai)..still nak juga. No excuse.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Rezeki Tersepak Jobdirumah

    Untungnya Pandai Menjahit