in

Terjebak Main Fantasy FIFA World Cup


Semuanya berpunca daripada ayat seorang mamat ni yang seakan-akan mencabar kejantanan member-member dalam group WhatsApp pasal Fantasy FIFA World Cup, katanya nak tengok siapa paling power manage team bola.

Seriously, kalau tanya aku.. main game jenis ala-ala Fantasy League ni memang aku tak pernah nak minat langsung. “Minat” tu satu hal, realitinya juga.. cara nak main pun aku tak pernah tahu. Sebab, aku tak kenal pun semua player bola. Satu-satunya yang aku kenal adalah Cristiano Ronaldo, CR7.. Lepas tu ada lagi sorang. D.Silva. Tu pun tahu sebab orang dok sebut-sebut nama dia. Muka aku tak kenal.. Hahaha.

Disebabkan rasa tercabar dan tak mahu mengalah.. at last aku decide untuk join. Liga personal diantara geng-geng WhatsApp aku tadi, private league katanya. Untuk playsafe, aku pilih nama yang low profile, yang mana sekilas pandang menunjukkan aku ni tak berapa pandai nak main.. madeinbangi (Bangi Underdog). Hahaha

Tapi nak dijadikan cerita. So far setakat dah main 2 round.. aku terperasan wujudnya keserasian diantara aku dengan game ini bilamana dalam senarai pemain bukannya aku nak meriak, tapi saja nak bikin panas.. hahaha.. Aku lead kot! Wei.. serious la. Aku lead ni. Walaupun untuk game round 2 point aku sedikit corot, at least untuk overall aku masih lagi memegang takhta.

Selain private league yang aku main tu, aku ada join juga 1 liga umum, World Raya League namanya. Liga ni open. Sesiapa je boleh join. Tapi aku rasa majoriti dalam ni geng-geng blogger gak.Dan.. Dalam liga ini pun overall aku no.2. Haih.. macam tak ada saingan la pulak.

We korang.. Tolong main elok-elok sikit. Aku ni dah la tak pernah main, bola pun tak berapa minat. Bila main game, boleh pegang no.1. Eee.. malunya korang. Hehehehe.

Tepuk tangan kat aku please. Jarang ada manusia yang berbakat macam aku ni.. kalau polish sikit lagi ni, mau pegang Top 10 worldwide terus. Hahahaha.

p.s: Entri poyo. Pembakar semangat korang. Kalau sampai habis World Cup aku masih leading, aku up lagi 1 entri lagi poyo. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *