in

Terjebak Layan Aquascape Pulak


Terjebak dengan aquascape sejak hujung May lepas. Semua ni gara-gara pergi beraya rumah blogger Sohoque. Terpukau dengan keindahan scape tank dia, balik je terus nekad nak buat gak sebijik sebab kebetulan ada sebijik aquarium terbiar kat rumah (yang pernah bela ikan guppy) saiz 1.5 kaki.

Niat di hati nak ber-aquascape pakai aquarium sedia ada tu je la. Kiranya ni semacam hobi baru. Hahaha. Akan tetapi nafsu manusia kan, mana pernah nak puas.. bilamana tengok aquarium lama penuh dengan watermark, lepas tu terjumpa pulak kat FB marketplace ada orang nak jual CC (crystal clear) tank harga murah, terus je start kereta pergi beli. 😛

1st day ber-aquascape.. isi air pun tak reti, habis hitam air. keladak soil berterbangan.Terpaksa keringkan dan buat lagi sekali. Hahaha.

Bila dah ada aquarium baru mula la tangan gatal semacam nak tambah itu tambah ini, dan wife pulak jenis supportive.. bila dapat lesen, lagi galak la nafsu kan. Dengan knowledge berkenaan aquascape boleh kata totally zero.. Masa start tempoh hari aku main beli je plant, ikan dan udang (shrimp) yang mana nampak cun tanpa fikirkan kesesuaian hidupan ini dengan perimeter air dan juga tema.

Selepas seminggu lebih

Yela, ada ikan dan udang kena bersesuaian dengan PH, GH, ammonia, nitrate dll. Dan ada pulak pokok akuatik yang kena berseuaian dengan temperature, soil dll.. semua ni awal-awal setup tempoh hari aku tak peduli dan main campur aduk je. Last-last ada ikan dan udang yang selang setiap hari mati.

Rasa nak marah, tapi tak boleh marah.. rasa nak marah, tapi tak boleh marah.. Hahaha.

Nerite snail ni je yang lasak dan tak mati sampai sekarang. Hee

Tapi walaupun begitu, nikmat ber-aquascape ni makin menyeronokkan. Pengalaman mendewasakan. Bilamana selepas beberapa minggu ni aku dah mula faham berkenaan perimeter air dan schedule untuk water change nak bagi air dalam tank jernih pun dah in tune.. Maka kepuasan tu mula timbul walaupun belum puas sepenuhnya lagi.

Tank aquascape kedua

Cumanya bak kata Sohoq, aquascape ni banyak “racun”. Apabila termasuk je group FB, nampak tank scape orang cantik-cantik.. keinginan mula membuak-buak untuk nak setup macam orang tu pulak. Hahaha. Dan perkakasan untuk ber-aquascape ni pun boleh tahan harganya. So nak buat macam orang lain, kena la berjimat cermat.

Ikut pesan otai-otai..nak ber-aquascape ni kena beli sikit-sikit. Sebulan beli 1 barang, kemudian bulan depan beli 1 barang lain lagi, dan bulan-bulan seterusnya beli barang lain pulak sampai lah dah cukup lengkap semua barang yang diperlukan. Heee

By the way, buat masa sekarang masih banyak benda yang aku plan nak buat untuk tank aquascape aku, dan yang paling penting..dalam beberapa bulan lagi aku plan nak rescape balik tank aku mengikut tema yang aku dah berkenan.

Lepas sebulan

Makna kata, rescape ni nanti nak kena susun balik pokok-pokok dan kayu semua tu bagi proper sikit dan dalam masa yang terdekat nak kena kumpul dulu barang-barang yang diperlukan dulu.

So far barang yang dah ada:

Barang belum ada dan plan untuk beli

Hopefully by end of year dapat kumpul semua barang ni dan ready to rescape. For now, spiderwood dan seiryu stone dah try setup hardscape.. kasi gam dulu mana yang patut.

Amacam ok tak?

Lepas dah betul-betul puas hati nanti, nak kena rendam pulak beberapa minggu supaya hilang tanning kayu dan biofilm.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *