Umur dah masuk pertengahan 3 series, baru hati terbuka sepenuhnya untuk ambil takaful dan medical card. Dua benda ni kalau ikutkan nak carum lama dah, cuma bila memandangkan komitmen sedia ada dah berlambak-lambak. Maka niat tu tertangguh untuk satu tempoh yang agak lama.
So start beberapa minggu lepas bila dah selesai je tutup hutang kereta, aku tanpa teragak-agak terus je survey polisi takaful dan medical card mana yang bersesuaian.
Ya.. memang kalau ikutkan polisi takaful dan medical card ni.. lagi mahal lagi better dan tinggi perlindungannya.
Tapi.. dengan mengambil kira faktor kemampuan diri dan sekarang pun situasi pandemik masih tak ada petunjuk untuk berkurang sikit pun, jadi terpaksa pilih pakej polisi yang biasa-biasa saja.
Biar lah orang kata coverage tak gempak mana pun.. janji kita sendiri tahu bahawa apa yang kita carum, kira dapat maintain bayar tiap-tiap bulan. Bayar untuk perlindungan, bukan untuk bermegah.. betul tak?
So untuk takaful aku dan isteri masing-masing ambil dengan Zurich dibawah ejen yang sama, pelan takaful aku namanya Takaful ProInvest. Dalam RM250+ sebulan. Manakala untuk isteri pulak, pelan takaful dia ialah Takaful Proessential. Harga dia tinggi sikit daripada aku punya.
Ada sedikit perbezaan diantara kedua-dua pelan takaful ini dan cara bagaimana ianya berfungsi.. tapi secara umumnya, kedua-dua pelan ni coverage sehingga RM500,000 kalau kitorang ditakdirkan hilang upaya atau tiba-tiba meninggal dunia. Personally bagi aku, RM500,000 dah cukup tinggi dah. Better than nothing kan.
Bagi medical card pulak, untuk permulaan aku ambil untuk diri sendiri je dulu. Itu pun sebagai backup kepada medical coverage yang company wife dah sediakan. Logik akal la kan, benda daripada company ni akan kekal selagi kita bekerja dengan company tu je. Bila sampai satu masa kita dah tak kerja dengan diorang? Haa.. lu fikir la sendiri.
Untuk ini, aku ambil pelan medical card dengan Takaful Malaysia yang namanya Takaful myClick MediCare. Bawah RM70 je sebulan.
Dalam pelan medical card ni cukup la kalau aku kongsikan bahawa perlindungan medical yang aku dapat adalah seperti berikut:
- Bilik harian hospital max RM200 (tak ada limit hari)
- Elaun tunai RM100 di hospital kerajaan Malaysia (tak ada limit hari)
- Limit tahunan RM100,000
- Tiada limit had seumur hidup sehingga berumur 85 tahun
- Coverage penuh untuk faedah pesakit dalam dan pesakit luar
kalau gomen, dah masuk hosp kerajaan , pastu blh claim juga ke?
Bil perubatan tak boleh, sbb ada GL… tp kalau masuk wad kerajaan boleh claim rm100/sehari.. unlimited days.. nak tau detail, boleh wasap Fazrol.. 011-60560919. Cakap dapat nombor daripada blog ni.
Cover covid tak ya Myclick Medicare ni
Saya tanya ejen, katanya cover
terbaik.. mmg menda ni dah jadi keperluan penting hari ini. Melainkan ada duit berkepuk-kepuk kan..
Alhamdulillah, tahniah tuan atas kesedaran untuk buka hati dengan Takaful dan Medical Card. Sepanjang kerjaya saya, ramai ambil ringan tentang walaupun mereka tahu ini penting. Habis hutang kereta, mereka buat atau tambah lain hutang untuk life style.