in ,

Tenaga Solar Sebagai Peluang Perniagaan


Panas terik. Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan betapa panasnya cuaca pada hari ini. Dalam cuaca yang panas, mesti ramai yang berkurung di dalam rumah dan menikmati kesejukan angin daripada penghawa dingin. Namun jangan lupa mengamalkan tips penjimatan yang telah aku sarankan untuk memastikan bil elektrik tidak melambung.

Seperti yang sedia maklum, bil elektrik melebihi RM77 di Semenanjung dan RM69 di Sabah akan dikenakan surcaj sebanyak 1.6% dimana ianya akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu. Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang perkara ini, aku telah menerangkannya serba sedikit didalam entri Tarif Elektrik Baru 2014. Maklumat ini adalah penting memandangkan keadaan ekonomi yang semakin meruncing, jadi dengan pendedahan sebegini ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengguna menjimatkan kos elektrik sekaligus memulihara alam sekitar.

Peluang keemasan

Dikala ramai yang merungut tentang cuaca panas, pasti ada yang tidak tahu akan adanya pihak lain yang sedang bersyukur diatas situasi sebegini.

Suria Infiniti Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dibangunkan oleh beberapa orang anak tempatan yang mana salah seorang pengasasnya ialah Mohd Shahrul Nizar Ghani. Asalnya merupakan seorang jurutera didalam industri Tenaga Boleh Baharu, tetapi kemudiannya beralih arah kepada bidang perniagaan tenaga solar kerana beliau sedar akan potensi yang meluas bagi Tenaga Boleh Baharu ini dalam menjana keuntungan yang berlipat kali ganda.

Pada mulanya ia bukanlah sesuatu yang mudah buat beliau kerana untuk seorang jurutera memahami selok belok perniagaan, sudah tentu masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Tambahan pula ketika itu kebanyakan institusi kewangan masih samar-samar dalam penerimaan Tenaga Boleh Baharu, jadi agak sukar baginya untuk cuba mendapatkan modal perniagaan.

Walaubagaimana pun, dengan hanya bermodalkan wang sebanyak RM5000 dan fokus utama perniagaannya tertumpu kepada kerja-kerja pemasangan dan khidmat nasihat (consultation), akhirnya perniagaan yang dibina berjalan dengan lancar.

2MW solar farm in Pajam Nilai 2MW solar farm in Pajam Nilai
sumber: suriainfiniti.com

Menurutnya, pada ketika itu hanya terdapat kurang daripada 30 syarikat yang menceburkan diri dalam industri ini berbanding bilangannya yang meningkat lebih daripada 100 buah syarikat buat masa sekarang. Peningkatan ini dilihat sesuatu perkembangan yang agak memberangsangkan dan ini juga membuktikan kesedaran masyarakat terhadap industri Tenaga Boleh Baharu semakin bertambah.

Suria Infiniti menyediakan khidmat reka bentuk, memasarkan dan juga khidmat pemasangan sistem photovoltik, ataupun lebih dikenali sebagai solar PV yang akan menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik.

20kWp BIPV system for REHDA Office Building 20kWp system BIPV di bangunan pejabat REHDA
sumber: suriainfiniti.com

Perlu ditekankan disini, cuaca khatulistiwa di negara  kita sememangnya memberikan kelebihan kepada kita dalam penggunaan solar PV. Malah bukan itu sahaja, cuaca panas yang konsisten setiap bulan membuatkan lebih banyak pengusaha-pengusaha industri mula memikirkan akan pelaburan jangka masa panjang. Walaupun sebenarnya kita sedikit terlambat berbanding negara maju yang lain, namun ianya masih tidak terlalu lewat untuk kita turut sama-sama membangunkan tenaga yang mampan ini.

Sebagai contohnya SEDA Malaysia iaitu sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726), fungsinya bukan sahaja untuk mempromosi dan melaksanakan objektif dasar kebangsaan bagi Tenaga Boleh Baharu (TBB), tetapi juga membantu kita dalam aspek melaksanakan, mengurus dan memantau sistem tarif galakan (FiT). Dengan bantuan mereka, proses pembahagian kuota bagi setiap pengguna juga dapat dijalankan dengan lancar.

Hmm.. menarik bukan? Dari tenaga solar yang digunakan setiap hari dapat dijadikan sumber pendapatan yang menguntungkan. Jadi amat bertuahlah bagi individu seperti saudara Mohd Shahrul kerana mengambil langkah yang berani suatu ketika dulu untuk membuka perniagaan yang sebegini rupa. Tidak sia-sia pengorbanannya.

Dan rasanya selepas ini tidak mustahil juga akan adanya individu-individu lain ataupun badan korporat yang akan tampil kehadapan untuk turut mencuba nasib. Betul tak?

Nota: Kepada mereka yang berminat untuk turut serta dalam industri Tenaga Boleh Baharu ini, boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dilaman web SEDA Malaysia di www.SEDA.gov.my.

Info dan sumber asal mengenai artikel ini dipetik daripada TheStar bertajuk Panel Play.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. Semoga selepas ini semkain ramai rakyat Malaysia yang mempunyai ladang Solar sendiri, walaupun bekermungkinan cuma ada beberapa panel yang dipasang di atas bumbung rumah sendiri…. 🙂

    P/S: Bro dengar ceritanya permohonan untuk memasang panel solar di atas bumbung rumah sendiri ada KUOTA tertentu.. Betul ker?

  2. Kalau ada kemahiran dalam bidang nie memang la peluang besar…. idea untuk ko gak kan…. alang2x bisnes solar pun masyuk jugak kan….

  3. aku sbnrnya dah lama sangat mengharap Malaysia guna tenaga solar sebab tenaga solar untuk Malaysia sangat sesuai, tapi kini bila dah nampak ada bibit nak pakai sistem ni aku jadi suka

  4. Sebuah peluang yang sangat besar dan tentunya sangat menarik, apalagi jika memang ada kemammpuan di bidang tersebut.

  5. FiT ni satu program oleh kerajaan. Pada peringkat permulaan (2011-2012) demand utk quota pasang solar ni sangat rendah dan pada masa tu, satu sen pn x dikutip oleh pihak SEDA Malaysia. Nak dapat quota cukup mudah. Tapi, sejak tahun 2013 (July) quota tetiba mcm cepat gile habis dan smpai sekarang, kene berebut mcm org gile. Bayaran pn dah mule dikenakan kepada setiap application dan yang paling sedihnye, buat bayaran dan quota belum tentu dapat. dah la non-refundable. Utk pengetahuan juga, rate FiT ni akan turun setiap tahun. Pada asalnya, 8% tapi tahun ni, SEDA bgtau 10% plak turunnye. Suke2 hati dorg je wat cmni. Lpas tu lagi, company yg nak jd contractor solar ni mmg sedih la kan sbb mcm2 requirement yg ditetapkan di mana semua requirement tu perlukan duitttttttttttttttttttttttt! Quota plak belum tentu dapat 🙁

  6. Saya baru pasang 8 panel utk cover 10kwh kat rumah. Mmg rumah ni rumah sewa, alatan solar boleh bawa pindah jika kita mau. Kos dulu 100k dlm thn 2010.. skrg tak sampai 25k. Mmg sakit hati bil bulanan melambung dari 80 ke 400-700 sebulan.

    Saya tekad simpan duit gaji bulanan sehingga 2700 dan plus bonus 4 bulan dlm 30k.. sdg tunggu hari pemasangan saja. Lebih2 tu boleh tambah itu ini.. bercadang juga utk off the grid, tapi taku tuan rumah bising pulak nanti. Cukup dgn 25k dulu.. off the grid pun dah boleh dah nak buat dgn 25k.

    abd.rahman.mat.ludin.gmail.com

  7. Saya mmg teringin nk pasang pv ni..tapi pe benda pn xtau pasal sistem solar ni..klau ia mndtgkan hasil untuk family,mmg nk sgt..harap ada yg sudi mmbantu

  8. Salam tuan.
    Cuma nk tanya,pertubuhan peladang sy ada estet sawit 200ekar tp 40 ekar drpnya kosong kerana tnh tidak subur.
    Ada tk mana2 pihak yg berminat untuk sewa/pajak kwsn tersebut untuk projek solar?
    Sekiranya ada pihak kami sedia untuk berunding.
    Hubungi sy di no 0142247190.
    Tqvm

  9. Kepada En Habu Alwazie bin Bujang. Nombor telefon yang tertera orang lain dah pakai. Adakah tanah yang tuan maksudkan masih lagi available untuk di sewa/pajak? Syarikat saya mencari tanah-tanah estet sawit dengan keluasan seperti yang tuan sebutkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *