Tenaga Solar Dan Lapangan Terbang

Hari minggu.. masa yang sesuai untuk bawa keluarga bersiar-siar dan meluangkan masa bersama-sama. Namun memandangkan cuaca yang panas dan sedikit jerebu, jadi terpaksalah duduk dirumah sahaja. Ramai yang memperkatakan tentang cuaca yang tidak menentu dan perubahan iklim dimuka bumi sekarang ini. Pendek kata, apa yang berlaku sedang berlaku boleh dikaitkan dengan penggunaan tenaga yang semakin meningkat sekaligus mengakibatkan kesan sampingan iaitu pemanasan global.

Dalam enti-entri yang lepas aku pernah mengulas tentang isu tenaga, tenaga boleh baharu, kumpulan wang tenaga boleh baharu, tips penjimatan, FiT dan beberapa isu yang berkaitan dengan isu tenaga.

Salah satu sumber tenaga boleh baharu – Hidro kecil 6 MW di Bentong Pahang

Tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat tentang isu semasa, menambah pengetahuan dan sama-sama membantu memulihara alam sekitar dalam memberikan kesedaran terhadap tanggung-jawab masing-masing. Masyarakat kini pasti lebih peka terhadap isu semasa memandangkan terdapat pelbagai saluran maklumat yang boleh dapat di hujung jari.

ISES 2014 – Sidang Kemuncak Tenaga Lestari yang bakal diadakan

Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai tenaga alternatif yang diusahakan bagi menggantikan sumber tenaga bahan mentah (minyak) yang semakin berkurangan. Antara yang makin meluas penggunaanya adalah tenaga solar dan berita terbaru yang dikeluarkan oleh media cetak ialah pelancaran lapangan terbang Malaysia pertama yang menggunakan sistem tenaga solar.

Wow! Sesuatu yang di luar jangkaan, namun pelaksanaannya tidak mustahil.

Untuk pengetahuan bersama, projek ini merupakan inisiatif bersama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersama salah satu syarikat pemegang kelulusan Skim Galakan Tarif (FiT) iaitu SunEdison. Pelaburan ini merupakan pelaburan berskala besar dimana ianya melibatkan dana sebanyak RM200 juta, dan menurut Ketua Pegawai Operasi, MAHB Datuk Ahmad Hamid Mohd Ali, sistem tenaga solar ini dijangka dapat menjimatkan penggunaan tenaga kuasa di lapangan terbang sebanyak kira-kira RM2.1 juta setahun.

Fuh.. That’s a lot okay!

Apa yang menarik lagi tentang projek ini adalah sistem solar yang diguna pakai mampu menjana 19MW tenaga elektrik dimana hingga setakat ini ia merupakan penjanaan sistem solar terbesar di Malaysia.

Masih ingat lagi sebelum ini pernah aku ceritakan tentang kapasiti ladang solar yang menjana tenaga sebanyak 5MW? Jadi bayangkan betapa besarnya sistem yang menjana tenaga 3 kali lebih banyak ini. Ia merangkumi kegunaan darat (5MW), kanopi parkir (10MW) dan juga sistem bumbung (4MW).

Klik gambar untuk besarkan
Klik gambar untuk besarkan

Tambahan pula, Datuk Ahmad berkata lagi.. perlaksanaan projek ini dilakukan keatas aset kurang guna milik MAHB ( kos dikeluarkan oleh SunEdison ). Kemudiannya royalti dan sewa pajakan dibayar oleh pihak SunEdison, dan sebagai balasan pihak MAHB membeli tenaga elektrik yang dijana pada kadar yang lebih rendah.

Wah.. Satu usahasama yang menarik. Disamping mengoptimasikan aset yang sedia ada, sedikit sebanyak ia dapat meraih manfaat ekonomi.

Well.. Nampaknya semakin hari semakin banyak pihak yang sedar akan kelebihan menggunakan sistem tenaga boleh baharu. Cuma apa yang diharapkan suatu hari nanti, akan ada pemaju-pemaju perumahan pula yang akan turut turun padang bagi menjayakan projek-projek perumahan yang menggunakan sistem solar PV sebagai kegunaan harian. Tak adalah nanti rakyat terbeban dengan kadar tarif yang semakin meningkat. Betul tak?

Projek seperti ini bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada industri-industri besar sahaja, malah pihak perseorangan juga boleh turut serta. Terdapat pelbagai jenis tenaga boleh baharu yang boleh diketengahkan. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web SEDA Malaysia di www.SEDA.gov.my.

Sumber rujukan: BERNAMA

p/s: Kalau ada peluang, aku nak pasang solar PV atas atap rumah.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Ladang Solar Melaka

    Jana Pendapatan Melalui Program Pemasangan Solar PV