Parking bertingkat, satu benda yang jarang-jarang kelihatan dinegeri-negeri selain Kuala Lumpur.
Balik Terengganu tempoh hari ternampak ada satu kawasan di Batas Baru, Jalan Sultan Ismail yang menggunakan mesin ini. Yang canggihnya, tempat parking ini bergerak dalam putaran seakan-akan mesin memanaskan daging hotdog.
Kadar bayaran parking tidaklah semahal mana, cuma RM2.50 untuk sejam yang pertama diikuti RM1 untuk jam-jam yang berikutnya. Lebih kurang harga standard parking di Kuala Lumpur, cuma bagi di negeri Terengganu mungkin ianya dilihat sebagai kadar bayaran parking yang premium.
Antara kebaikan yang dapat aku fikirkan daripada penggunaan sistem parking bertingkat ini:
- Menjimatkan ruang, kawasan yang sepatutnya memuatkan lebih kurang 40 kereta boleh diisi dengan 128 buah kereta.
- Kereta lebih selamat daripada dipecahkan pencuri-pencuri jalanan (Nak tinggal 2-3 hari pun tak ada masalah).
- Tidak terdedah kepada hujan dan panas.
- Kurang risiko ditenggelami banjir, dahan-dahan pokok dan juga tahi-tahi burung.
- Susun atur yang lebih kemas.
Keburukannya pula:
- Pemilik terpaksa menunggu beberapa minit untuk masuk dan mengeluarkan kereta dari lot parking.
- Kereta akan tergantung sekiranya tiada bekalan elektrik ( Tetapi ini mungkin tidak akan terjadi jika terdapat backup electric generator)
Bagi pendapat aku, mesin ini dilihat lebih banyak memberi kebaikan berbanding keburukan. Cuma kos pembelian dan pemasangannya agak tinggi pada permulaan. Tetapi kalau ianya dapat mengurangkan masalah parking yang semakin hari semakin tidak mencukupi dibandar-bandar besar, why not kalau setiap satu daripada bandar itu dilengkapi dengan mesin ini. Betul tak?
p/s: Tak sangka kat Terengganu ada pakai parking macam ni. Hehehe.
fuhh..memang unik habis nih.
fuuuh… hebak ar kualer ganuuuu!
Fuhh!! Hebat! Serius, tak sangka ada kat Malaysia.
dah banyak maju ni Terengganu. Bagus – bagus
tak pernah guna lagi parking ni walaupun hampir setiap hari lalu area parking ni
pergh mmg stylo la tmpt parking ni..
menarik, boleh jimatkan ruang nie…
Emm wahhhh uniknya terengganu….haha
Terengganu negeri kaya…. so diorang ada budget …. dan kat area KL patut banyak lagi dibuat parking cenggini
first time tengok parking yang macam nih….agak sistematik gak…
dekat mana niih??
seriusss style..tp xnmpk jelas mcm mane ia berfungsi.
memang unik la… tak pernah tengok live lg… dengar2 citer je ada la….
Memang unik tempat parking kereta ni. . Terima kasih di atas perkongsian info. ..
wahh, kat Malaysia ke ni bro, wow terbaik
Uih.. Pasang kat kl pun ok gak ni. Betul2 menjimatkan ruang. Dengan keadaan yang sesak dengan kereta hari ni, dah sampai masanya kena buat.
Serius unik…
fuh memang unik dan cantik… terbaik!
betul, memang banyak kebaikannya. konsep ni biasa kat negara maju yang tanah terlalu mahal, untuk rumah guna jenis 2 level.
rasanya negara kita pun patut banyakkan parking jenis ni untuk kawasan-kawasan tumpuan, bukan sahaja untuk jimat ruang, untuk keselamatan juga.
kalau ada kat KL mesti best kan..seingat aku KL ada satu tapi dah lupa area mana…
di opis saya (Menara MARA) ada parking bertingkat cuma ada 2 tingkat jelah…hehehe
Macam burit je tgk blog ni..
Perghh kalau ada di mana-mana rasa takde masalah kot tempat parking dan takde lagi masalah parking haram..
p/s : siapa la yang komen tu..
Entah la bro..dari nickname tu..aku ingat macam berkaitan dengan fahaman politik je. Hehehe.
Canggih betul tempat parking macam ni..
fuyoooo… kena jalan kat sana ni
semata2 nak test parking tu 🙂
hebat juga tempat parking ni, ini kalau runtuh mahu rosak kereta. memang habis.
Memang gempak kalau ada sistem parking seperti ini di Lembah Kelang.
Betul tu… syabas saudara Hafiz! Banyak gambar menarik. Sayang masa saya pergi tu gambar yang di snap dengan iphone 3GS sahaja, tidak lawa kerana bukan kualiti HD. tetapi sayaada rekod video bila kereta naik ke atas.
Saya pun terkejut pertama kali ke Kuala Terengganu. Dah macam pergi negara Jepun rasanya. Cukup canggih teknologi yang digunakan. Kan bagus kalau KL macam ni. Lebih-lebih lagi Putrajaya. Takdelah pemandu asyik kena saman.
fuhhh tak sangka parking sebegini dah berada di Malaysia. Selama ni dok tengok dekat negara orang putih je. Hebat betul Terengganu!
MACAM DOK CAYA JEE, HEBAT GANU KITE,KELAH BOH!!