Durian.. Durian.. Musim durian kembali lagi.
Berdekatan dengan rumah aku dah ramai penjual-penjual buah yang dah mula menjual durian.
Harga dah makin murah.
Sebelum puasa hari itu sempat aku pergi ke Jalan Kajang Indah, disini ada satu deret gerai buah yang jadi kegemaran aku setiap kali ingin membeli buah. Durian tidak terkecuali.
Stok durian Udang Merah banyak.. Harga pun cuma RM8 sekilogram.
Murah kan? Nak tak nak terpaksa aku borong lebih sikit untuk dibawa pulang ke rumah mak aku sekali.

Udang merah.. Sedap ooo.. Isi tebal, manis, lemak-lemak. Memang berbaloi sangat beli.
* Dekat tempat lain aku tak berapa pasti berapa harga durian Udang Merah. Tetapi selepas beberapa survey yang aku jalankan di beberapa tempat di Bangi, nampak seperti harga sini lebih murah.
p/s: Untuk memudahkan korang cari tempat ni sila google atau Waze “CIMB Taman Kajang Indah“.
Semalam pun fiza berbuka dgn durian kt kampung .sedap!
Sedapnya durian, mak buyung tak leh nak makan banyak cam biasa…panass..
cantik betul kaler isi durian tuh…sure sedap ni kan…lamanya x makan durian….
owwhh…. ada port baik rupanya…. boleh la plan belanja geng #TeamWork makan kat sini…. hehehehe
dah lama tak makan durian nih. wahhh…
Macam kenal pulak port durian ni. Dekat sungai chua. Rasanya dekat trafic light kan. Memang terbaik la durian dekat sini.
Sekarang ada lagi x?plan nk pegi harini atau esok sblum pose nih.
Fuh ada lg ke skrg.. Terliur sudah