in

Tempat Jatuh Lagi Dikenang


Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat yang mencoretkan 1001 kenangan manis.

Taman Gelora, kalau ada yang pernah tengok photoshoot aku kahwin di Kuantan dulu mesti perasan ada beberapa keping gambar outdoor yang berlatar belakangkan pokok rhu yang ala-ala oversea.

Ada gaya model tau. #throwback outdoor photoshoot 2011

Minggu lepas, selesai sahaja kenduri kahwin adik ipar aku. Keesokan paginya sempat juga aku bawa Khair ke sini. Jalan-jalan ambil angin pagi.

pemandangan pokok rhu di taman gelora

khair-di-taman-gelora-hafiz rahim

taman-gelora-kuantan-hafizrahim

khair dan ibu berlatarkan pokok rhu taman gelora
Anak ibu

Cuaca yang redup-redup ditambah pula dengan angin pantai sepoi-sepoi bahasa, wah terasa sangat berbeza bila dibandingkan dengan bandaraya Kuala Lumpur.

Betul orang kata, sekali sekala kena larikan diri dari kesibukan kota. Tenangkan fikiran, luaskan pemandangan.

Minggu ini pula giliran balik Terengganu, niat dihati nak bawa Khair pergi pantai Batu Burok. Paling tidak pun pantai airport Kuala Terengganu je sambil pekena keropok dan ikan celup tepung. Fuh..syahdunya.

p/s: Kat KL cuma ada Pantai Dalam je.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *