in

Tempahan Laksam Asli Terengganu, Terbaik Dari Ladang!


Agak sibuk Bonda Ani hujung minggu lepas, menyiapkan tempahan nasi dagang yang pelanggan tempah. Lebih membuatkan Bonda Ani tak cukup tangan apabila kali ini tempahan laksam juga dalam kuantiti yang banyak.

Bercerita tentang laksam, ia merupakan satu lagi makanan yang popular di Terengganu.

Laksam atau Laksang merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam. – sumber Wikipedia

Pendek kata bila balik kampung aku je kat Terengganu, kalau nak pergi makan laksam.. memang senang lah nak cari terutamanya gerai-gerai yang menjual makanan pagi.

Laksam ni kunci keenakannya terletak pada kuah ikan itu sendiri. Senang kata, kalau orang yang buat laksam tak berapa reti nak buat kuahnya.. maka, rasa laksamnya pun akan kureng.

Berbanding dengan laksam Bonda Ani, laksamnya merupakan favourite aku. Kuahnya yang pekat, penuh dengan rasa ikan.. makan sekali memang terasa lemak, manis dan juga lada hitamnya.

Laksam Terengganu Sedap

Perfect score lah aku bagi. Tak ada lagi laksam yang terbaik dari ladang selain laksam Bonda Ani.

Dan untuk makluman, laksam Bonda Ani ni pulak.. bukan senang nak cari. Rare.. takde nak jumpa dijual di mana-mana gerai makanan. Kalau nak, kena tempah.

Tempah Laksam Terengganu Asli Sedap

Tempahannya pula, tak mahal pun. Cuma RM3.50 sebekas. Kat area KL/Selangor.. okay sangat lah tu kan. Murah dan dijamin puas hati.

Nota: Aku tolong promo je. Untuk tempahan (minimum 50 bekas) sila hubungi Bonda Ani di talian 012-3599765 atau 019-6022185. Penghantaran kawasan terdekat disediakan dengan caj yang minimum.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. Laksam ni memang makanan kegemaran sayalah. Kalau kuah dia tu kena dengan rasa memang sedap makan. Yang belum mencuba boleh cuba. Rugi tak cuba.

  2. saya tak reti makan..jiran ada bagi saya terima tapi tak usik serius tak makan alahai..

    sebab tak pernh nak mencuba hii..
    syukur moga tempahan admin makin bertambah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *