Antara perkhidmatan permesejan yang popular didunia adalah Telegram. Ia hadir dengan pelbagai jenis fungsi menarik yang menjadi kepentingan dalam kegunaan seharian.
Kini, pihak Telegram hadir dengan satu lagi platform penulisan baru yang dinamakan Telegraph. Melalui platform percuma ini, mereka menawarkan pengguna untuk berkongsi penulisan panjang tanpa had kepada umum tanpa memerlukan pengguna berdaftar terlebih dahulu.
Hanya dengan melayari laman web Telegraph, pengguna boleh terus menaip artikel atau apa sahaja diruangan yang disediakan, kemudian terus saja menerbitkan kandungan/artikel tersebut dengan menekan butang “Publish“.
Pengguna juga diberi pilihan untuk memasukkan gambar, video, pautan dan sebagainya untuk memberikan kandungan/artikel lebih tampak interaktif. Dan sekiranya ingin dijadikan rujukan, pengguna boleh menyimpan link yang telah dijana.
Mudah kan?
Telegraph, dari sudut pandangan seorang blogger
Disebabkan ia mempunyai domain dan permalink, melalui cara menanam backlink pada artikel-artikel yang diterbitkan di Telegraph, platform ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam usaha untuk menambah baik kedudukan sesebuah artikel di Google Search Result tanpa melibatkan kos pelaburan yang tinggi. Fewitt. 😉
ni apa yg kita tulis akan shre dekat telegraph je ke ?
kena kaji lagi nih….
Macam menarik…
ha ah macam menarik, kami memang suke telegram lebih dari wasap, tapi rmi prefer wasap huhu…