Jenama TP-Link bukanlah satu jenama yang asing lagi. Mereka telah bertapak dalam industri buat sekian lamanya sehingga jenama ini cukup sinonim dengan produk rangkaian Wifi dirumah.
Namun, baru-baru ini TP-Link telah mengorak langkah baru apabila kini mereka bukan lagi memfokuskan perniagaan didalam penjualan produk rangkaian sahaja, malah mereka turut juga mula menawarkan peranti telefon pintar ke dalam pasaran tempatan.
Dibawah label Neffos, dua model telefon pintar siri C5 diperkenalkan.
Model yang pertama ialah Neffos C5 yang mana dari segi penawaran spesifikasinya adalah daripada kelas pertengahan. Manakala model yang kedua iaitu Neffos C5L, ialah peranti telefon pintar berspesifikasi kelas asas.
Jujurnya kewujudan kedua-dua model telefon pintar ini di pasaran tempatan dilihat dari mampu memberi persaingan yang sihat. Ini kerana dari sudut teknikal, model Neffos C5 menggunakan Android 5.1, disertakan dengan cip pemprosesan MediaTek MT6735 1.3GHz Quad-core 64-bit dengan RAM sebesar 2GB dan bateri berkapasiti 2,200mAh.
Kapasiti storannya pula adalah sebesar 16Gb dan boleh ditambah dengan kad mikro-SD sehingga 32GB.
Mempunyai paparan skrin bersaiz 5-inci yang beresolusi 1280×720, ia adalah peranti yang selesa dipegang dengan mengunakan sebelah tangan. Kamera utama yang disokong dengan imej sensor sebesar 8MP dan dilengkapi dengan 2 lampu LED flash, manakala kamera hadapan pula sebesar 5MP berserta dengan wide-angle lens memberikan kepuasan kepada pengguna yang gemarkan mengambil gambar. Turut juga mengikuti trend masa kini, apabila Neffos C5 menyediakan 2 slot mikro-SIM kad yang menyokong rangkaian liputan 4G LTE, membantu memudahkan pengguna untuk mengasingkan hal-hal berkaintan dengan kerja ataupun peribadi.
Bagi model Neffos C5L pula, peranti kelas asas ini tidak kurang hebatnya. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 210 1.1 GHz dengan kapasiti ram setinggi 1GB dan beroperasi menggunakan Android 5.1.
Ia menyediakan kamera utama sebesar 8MP yang boleh merakam video beresolusi 720p. Manakala kamera hadapan pula sebesar 2MP. Skrinnya lebih kecil dengan ukuran saiz 4.5 inci paparan skrin FWVGA.
Kapasiti storan terbina didalamnya setinggi 8GB yang mana ia boleh ditambah dengan menggunakan kad mikro-SD sehingga 32GB. Didatangkan juga dengan kapasiti bateri 2,000 mAh dan ianya turut menyediakan 2 slot mikro-SIM kad yang menyokong rangkaian liputan 4G LTE.
Dari segi perbandingan diantara kedua-dua model ini, kemenangan jelas nyata berpihak kepada model Neffos C5. Ini kerana, Neffos C5 yang dikelaskan dalam model kelas pertengahan bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi, malah ianya turut menggunakan teknologi pintar yang lebih mesra pengguna.
Antara teknologi pintar yang dimaksudkan ialah fungsi Smart Screenshot, dimana ia membolehkan seseorang pengguna itu untuk membuat tangkapan imej skrin yang panjang dalam 1 gambar sahaja.
Manakala teknologi pintar yang kedua ingin ditekankan disini ialah fungsi Super Camera. Iaitu teknologi terkini yang dibawa oleh TP-Link untuk memberi fungsi tambahan kepada kamera model C5 mereka, dimana ia menyediakan fungsi Intelligent Mode, khusus untuk mengubah kontras, warna dan pencahayaan secara automatik mengikut mode yang dipilih.
Artistic Filters, mempunyai 30 jenis filter yang akan memberikan pelbagai jenis mood kepada gambar anda,
Dan Beauty Selfie untuk menaikkan seri gambar dengan mode selfie pintar.
Bagi kedua-dua model telefon pintar TP-Link ini, ia ditawarkan dengan harga yang cukup menarik iaitu RM539 untuk TP-Link Neffos C5, manakala RM359 untuk TP-Link Neffos C5L. Kedua-dua model ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan kelabu gelap, dan akan mula dijual secara rasmi dan eksklusif di laman web Lazada Malaysia bermula pada 12 April 2016.
Nota: Semasa majlis pelancaran diadakan, aku berkesempatan untuk membelek-belek kedua-dua jenis model telefon pintar ini. Apa yang aku dapat simpulkan, walaupun didalam suasana yang agak gelap, kualiti gambar yang diambil menggunakan kedua-dua kamera model kamera ini agak memuaskan hati. Sensor kamera yang digunakan berfungsi dengan baik dalam keadaan low light.
Bukan itu sahaja, build quality kedua-dua model peranti ini juga setanding dengan jenama-jenama popular telefon pintar yang lain. Tampak kemas, premium dan sangat berbaloi untuk dibeli jika dibandingkan dengan harganya yang murah itu. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari www.neffos.com/my/product.
menarik juga tu
Nampak berbaloi dengan harganya
Sememangnya tak sangka sekali TP Link akan keluarkan telefon pintar huhu.. aku dah pakai modem TP link dekat 4 tahun dah kot.. penah survive kilat sabung menyabung huhu walaupun satu rumah blackout
Wah, canggih sebab ada smart screenshot tu
handphone mampu beli ni..
Hoho nanti aku survey.. macam nak beli handphone kedua yang murah – murah pun
wah.. ok gak ni..
Bab-bab Teknologi dan gadget ni memang saya agak ketinggalan… huhuhu…
sukses selalu buat blognya
Hp pintar dengan teknologi yang tidak diragukan, ini akan menjadikana anda semangkin smart dan mendapatkan kemudahan dari fiktur2 lengkapnya.
terima kasih.
memang cukup pintar, namun tidak bisa mengalahkan kepintaran kita sebagai manusia bukan tentunya? karena kitalah pembuat dari telefon pintar tersebut