Telefon Pintar, Powerbank..Trend? Keperluan?

Telefon pintar, gadget yang wajib dibawa kemana-mana sahaja sekarang. Tanpa telefon pintar seseorang itu boleh jadi tidak keruan seperti cacing kepanasan.

Aku? Sama saja..tanpa telefon pintar aku rasakan dunia ini tidak lengkap. Lebih-lebih lagi skop kerja aku sebagai part time blogger yang memerlukan aku untuk up to date sepanjang masa.

Tapi update pun update juga..kalau tak ada bateri yang mencukupi macam mana?

Jalan penyelesaian?..mudah sahaja. Aku telah membeli sebuah powerbank berjenama Pineng. Berkapaciti 11,200 mAh dengan dua slot output (5v 1A and 5v 2.1A) dan menyediakan display berapa peratus baki charge yang boleh digunakan. Beli pun secara online melalui laman web eBay. Pantas, mudah dan murah.

Pineng Powerbank

led flash pineng powerbank

Pengalaman pertama menggunakannya, sangat memuaskan hati. Baki bateri 15% telah di-fully charged-kan dalam tempoh lebih kurang 1 jam. Thumbs up.

Jadi, selepas ini..tak perlulah aku bersusah hati lagi tentang masalah kehabisan bateri disaat-saat genting. Powerbank kan ada. Hehe.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

25 Comments

Leave a Reply
  1. Aku tahu Powerbank penting, entah kenapa aku jarang gunakanya.. Jarang bawa bila aku keluar.. hoho.. ini satu keperluan bagi seorang blogger. memiliki powerbank.. kawan aku bukan blogger tapi dia mesti bawa 2 powerbank hari2.. aku pelik.. Mana taknya 24jam ngadap henpon..

  2. Power Bank dan smart phone sama-sama penting,kalau ikut trend sekarang di semua kedai hp banyak buat promosi beli smart phone dapat harga diskaun juga untuk power bank

  3. Saya hanya bawak powerbank bila keluar bersantai. Kalau pegi kerja tak bawak sebab jarang tengok handphone. Lagipun boleh charge di pejabat.

    Sejak adanya smartphone, powerbank ni dah jadi satu keperluan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nasi Dagang Mood Raya

CPUV Dari Nuffnang