Telefon Ini Tidak Rosak Setelah Disedut Keluar Dan Terjatuh Daripada Kapal Terbang

Ini Mungkin Iklan Daripada Samsung

Kalau korang tercari-cari telefon pintar yang kebal, mungkin Samsung Galaxy S5 adalah jawapannya. Baru-baru ini, sebuah telefon pintar model ini didakwa telah terselamat daripada sebarang kerosakan setelah terjatuh daripada sebuah pesawat.

Menariknya lagi, dakwaan ini disokong dengan bukti rakaman video berdurasi 11 minit; yang mana lensa kamera telefon pintar itu merakamkan detik-detik terakhir ketika telefon pintar itu sedang jatuh dari langit dan akhirnya selamat mendarat dihalaman rumah seseorang.

Turut dirakamkan audio perbualan diantara dua individu yang menjumpai telefon pintar tersebut, sebelum ianya dikembalikan semula kepada pemiliknya, Blake Henderson.

Dilihat video itu jelas merakamkan pemandangan dari sebuah pesawat yang sedang bergerak sebelum ianya disedut keluar dari pesawat dan jatuh dengan cepat dari ketinggian tinggi.

Persoalannya: Mungkinkah ini strategi Samsung untuk mempromosikan produk mereka? Kalau ya.. instead of mempromosikan model lama, kenapa tak guna model baru je. Sekarang kan dah keluar model S8. Hohoho

Sumber: theverge

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply
  1. jatuh atas semak, dedaun memanglah tak rosak, handphone aku pun pernah jatuh atas pasir, lumpur dan sebagainya. Sebab semak tadi dah “absorb” berat handphone tu. Cuba jatuh atas jalan raya, tar tengok. tak berkecai, hancur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *