Hati-hati buaya darat di luar sana. Anda mungkin selepas ini boleh tercedera ditembak gadis-gadis yang telah anda mainkan perasaan mereka.
Sejenis senjata yang diberi nama, Tear Gun dikatakan berupaya menembak hanya dengan menggunakan titisan air mata.
Konsep asas yang diketengahkan mirip-mirip alat permainan paintball (marker). Cuma yang membezakannya adalah saiznya yang lebih kecil dan cara ianya berfungsi seperti pistol apabila air mata daripada seseorang yang menangis dikumpul kedalam satu corong silikon khas sebelum dibekukan dengan ais kering.
Apabila air mata menjadi beku dan keras, ia kemudiannya ditembak menggunakan tekanan angin.
Difahamkan senjata yang direka oleh seorang pereka muda, Yi-Fei Chen menyampaikan secara tersirat serta menterjemahkan perjuangan dalam diri beliau dalam melawan kekerasan yang pernah dialaminya.
Jadi, lelaki diluar sana hati-hati ya kalau tidak mahu ditembak. Mulai sekarang hentikan perangai playboy anda. Mungkin gadis yang anda ingin kecewakan itu juga mempunyai senjata ini. Hehehe.
Hmm kalau ganti dengan air biasa pun tak apa kot ni kan.