in

Tayar Baru Untuk Vios


Dah hampir dua tahun setengah tayar asal (stock) yang berjenama Bridgestone Potenza RE080 saiz 185/60/r15 aku gunakan pada Vios kesayangan.

Kalau diikutkan pengalaman selama menggunakan tayar tersebut, boleh aku katakan aku sangat berpuas hati dengan performance yang diberikan.

Walaupun sesetengh orang kata kalau kereta Vios layan high speed corner agak sedikit membuang disebabkan penggunaan suspension jenis torsion beam, tapi dengan tayar stock itu lah.. sekali sekala bila datang anginnya, lepas je aku layan lap 100km/h+ naik turun highway bentong tanpa ada masalah.

So, disebabkan dah terlalu lama aku menggasak tayar Bridgestone Potenza Re080 hingga hampir terkoyak dibuatnya, hari ini sudah tiba masanya untuk aku mencari pengganti.

bunga bridgestone potenza re080 haus
Bunga pada tayar stock ada yang dah terkopak-kopak dah

Pengganti yang dimaksudkan datangnya dari DNA keluarga yang sama, cuma berlainan model iaitu Bridgestone Ecopia EP200.

bridgestone ecopia ep200
Bridgestone Ecopia EP200

Saiz, aku maintainkan saja 185/60/r15 kerana aku malas nak memeningkan kepala untuk berfikir siri atau kelebaran mana yang sesuai dengan Vios kesayangan aku.

bridgestone ecopia-check usia tayar
Tarikh production tayar – Minggu ke-51, tahun 2013

Walaupun ada orang kata siri 55 lagi better performance.. atau lebih lebar permukaan tayar, lagi better handling dan what so ever. Aku lebih rela stick to the original plan, standard size is the best.

adjust alignment vios
Tayar alignment

alignment kereta vios

Harga yang ditawarkan kepada aku untuk empat biji tayar Bridgestone Ecopia EP200 ini jatuh dalam RM190 sebiji. So darab 4 maksudnya total yang perlu aku bayar ialah RM760 beserta dengan free alignment dan dapat Touch n Go yang mempunyai kredit RM30 secara percuma.

kedai tayar murah semenyih
Dapat Touch & Go free

Okay lah tu. Still below budget dan lagipun aku dah survey dalam beberapa forum dan laman web rasmi Bridgestone sendiri tentang tayar model Ecopia ini. Ia adalah model terbaru dalam production, dan melalui apa yang dicanangkan dilaman-laman sesawang.. katanya tayar ini mampu mengurangkan bunyi bising ketika kereta bergerak disamping mampu menjimatkan penggunaan minyak sebanyak 8%.

Well.. Bila pengeluar sendiri dah claimed macam tu.. So, aku cuba je lah dulu. Mana tahu memang betul apa yang dikatakan. Betul tak? Hehehe. Err.. Tapi, tadi bawa kereta lepas siap tukar tayar memang perasan tak bunyi bising sangat. Or mungkin itu sekadar perasaan aku je?

P/s: Kalau aku rajin, lepas 1-2 minggu nanti aku cerita macam mana experience guna tayar baru ni okay.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

19 Comments

Leave a Reply
  1. Selalunya lepas tukar tayar baru memang ada rasa kelainan..rasa lebih selesa daripada biasa..syok je bawak kete..yelah..nama pun tayar baru.. 🙂

  2. Ohh boleh cuba tayar ni pulak..macam menarik aje…tapi orang kata keras sikit tayar ni..tak berdenyut..betul ka?

  3. Kira oklah harga tu, saya punya tayar utk vios saiz 195/60/r15 pun RM205 sebiji. Nak raya ni, kena tukar nampaknya, dapat bonus RM 500-410 utk dua biji tayar, alahai!

  4. Perghhh.. berbaloi harga tu. aku tukar dekat penang empat-empat tayar sama mcm ko dapat la rm195 sebijik. tapi dpt free gift thermos kecik satu. dapat touch n go best jugak. Terbaik la.

  5. Saya pakai tayar n kereta yg sama dengan penulis blog ni. Mmg best n pemanduan juga lebih selesa cuma harga sedikit berbeza iaitu rm175 sebiji. Saya juga menukarnya d semenyih cuma saya tak dpt la tauch n go.

  6. aku beli ecopia 195/65 R15
    hasil x berapa gembira sebab bunyi bising yang amat macam pakai lori. jer. so cadang nak tukar. dah pakai x sampai setahun. amat mengecewakan. sapa yang pakai sama siri boleh comment. tapi kete aku bunyi bising giler…… kalu ada sales ecopia aku memang nak complain. memang tak best. so kalu sapa yang nak beli pikir byk kali. kalu siri lain ecopia aku tak tau……

  7. salam saudara..
    saudara bercadang x nak tolak x rim vios ori 15 tu?..sy tgh mencari rim vios oem 15 mcm saudara tu..kalu rasa nak tolak leh contact sy 0162268892..tq bro

Leave a Reply to zul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *