Akhirnya untuk tahun 2017, Telekom Malaysia mengotakan janji mereka untuk menaik-tarafkan pelan jalur lebar mereka seperti yang telah dibentangkan dalam bajet 2017.
Penaik-tarafan ini yang bakal dilakukan secara berperingkat bermula 31 Januari 2017, melibatkan sejumlah pengguna (termasuk aku) yang bakal menikmati kadar kelajuan internet yang lebih tinggi berbanding pakej sedia ada.
Sebagai contoh, aku merupakan pelanggan yang melanggan pelan Advance 30Mbps, akan menikmati kenaikan kelajuan internet kepada 50Mbps secara percuma. Manakala bagi mereka yang sedang melanggan pelan Advance 50Mbps pula bakal menikmati kelajuan internet kepada 100Mbps secara percuma.
Difahamkan bahawa, tiada sebarang pembaharuan kontrak akan dibuat sekiranya pelanggan bersetuju untuk menaik taraf pelan sedia ada. Namun, untuk membolehkan korang menerima naik taraf ini secara percuma, korang hanya perlu mengisi borang online, membuat pengesahan dan juga persetujuan secara manual kepada pihak TM melalui halaman web www.tm.com.my/thankyousurprise.



Pelanggan yang baru bercadang untuk melanggan pakej UniFi juga boleh menikmati naik taraf ini secara percuma, tetapi dengan syarat langganan UniFi haruslah dibuat sebelum 28 Februari 2017 – untuk melanggan UniFi secara online boleh layari laman web unifi-promo.com.
Juga dimaklumkan kepada umum, selain daripada perkhidmatan UniFi, pihak Telekom Malaysia juga turut menyediakan kejutan kepada pelanggan Streamyx dan juga talian tetap TM di rumah.
Berdesup lah lepas nih hahaha
bestnya.. tapi sini tkda unipai lagi , bandar je ada..hahahahaa
Ehh best ni, i guna unifi tapi tatau plan yg mana. Hubby yg bayar..kena bgtau dia lah hehe
bestnya kalau dpt upgrade.. sy pengguna streamyx.. nak upgrade.. port dah penuh .. huhu
Terbaiklah..
Saya baru terminate akaun TM saya bulan lepas..
Line teruk… huhuhu…
Bagus ni. Harap jangan ade sebarangan kos tersembunyi pada bil telekom nanti. Maka I blh enjoy internet ngan speed yg cepat.
Belum ada rancangan nak berunifi, tak tidur nanti 🙂
Kami pun dah guna 30 mbps dah ni…boleh la tny suami dlu…dia yg bayar…tq info
Masih lagi menunggu TM nak upgrade dari Streamyx ke Unifi di kawasan rumah saya.