Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2012

Alhamdulillah..Hampir selesai juga kita menunaikan kewajipan Rukun Islam ke-3. Hanya tinggal beberapa jam lagi untuk Ramadhan melabuhkan tirai dan memberi laluan kepada Syawal pula. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga secara rasmi telah mengumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan akan dilakukan pada 18hb ogos 2012 (Majoritinya ramai yang berpendapat hari raya Aidilfitri akan jatuh pada 19hb Ogos 2012).

Sudah pastinya bila tinggal masa-masa terakhir ini ramailah ahli keluarga yang tinggal berjauhan akan mengambil peluang untuk cuti balik raya ke kampung. Masa inilah yang merupakan masa paling sesuai untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan. Hubungan yang keruh perlu dijernihkan, segala kesalahan harus dimaafkan

Tetapi sebelum kita sibuk dengan menyiapkan diri dengan persiapan Syawal, haruslah diingatkan supaya jangan lupakan Rukun Islam ke-4, membayar zakat. Tatkala kita berseronok dengan pakaian baru, kasut baru, kereta baru..pasti ada yang memerlukan. Marilah kita sama-sama ringankan beban mereka. Semoga dengan amalan-amalan yang dibuat sepanjang Ramadhan ini, ianya akan lebih diberkati oleh-Nya. Aminn.

Akhir kata dari Hafiz: Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan blogger serta pembaca. Sekiranya sepanjang tempoh berblogging ada entry yang dirasakan kasar dan mengguris perasaan, diharapkan dapat dimaafkan. Maaf Zahir dan Batin.

kredit gambar: Zaky Qursany

p/s: Pesanan kepada yang baru ingin pulang ke kampung, diminta jangan terlalu mengikut perasaan semasa memandu. Banyakkan bersabar. Ingatkan orang yang tersayang. Jangan jadikan lebuhraya destinasi terakhir kita. Pandulah secara berhemah. Bak kata pepatah..Biar lambat, asal selamat.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kempen Stop114a – Internet Blackout

    Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri