in

Tarikan Baru di Melaka Zoo & Night Safari


Sejak tiga minggu yang lalu, Melaka Zoo & Night Safari telah menerima berita gembira dengan kelahiran ahli keluarga baru. Ahli keluarga baru yang dimaksudkan adalah datangnya dari spesies Kambing Gurun, Kuda Pony, Antelop Waterbuck, Rusa Bawean, Rusa Timor, Burung Electus Parrot dan juga Landak Mini.

Secara keseluruhan, kini terdapat 9 haiwan comel baru yang telah dilahirkan sekaligus membuktikan bahawa Melaka Zoo & Night Safari berjaya dalam memelihara serta memberi keselesaan kepada haiwan-haiwan yang diperlihara.

Buat masa sekarang difahamkan bayi-bayi haiwan yang dilahirkan ini masih berada di bawah pengawasan rapi pasukan Zoologi dan pihak Veterinari Melaka Zoo & Night Safari sedang berusaha bertungkus lumus dalam memastikan haiwan-haiwan ini mendapat penjagaan yang terbaik sebelum diletakkan di kawasan pameran.

Sesetengah bayi haiwan ini secara perlahan-lahan diintegrasikan dan dibiasakan dengan kumpulan keluarga mereka sendiri. Malah, Melaka Zoo & Night Safari juga sedang dalam proses menamakan bayi-bayi haiwan yang baru lahir ini dan mereka merancang untuk melibatkan orang ramai untuk proses penamaan ahli keluarga baru mereka.

Sedikit info mengenai Melaka Zoo & Night Safari

Melaka Zoo & Night Safari yang ditubuhkan pada tahun 1963 merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia. Diuruskan oleh Konsortium KKW Sdn. Bhd. dengan moto Pemuliharaan, Pendidikan & Rekreasi, Melaka Zoo & Night Safari adalah destinasi yang sempurna untuk pencinta haiwan.

Dengan lebih daripada 600 ekor haiwan dari 150 spesies yang berlainan dari seluruh dunia, zoo konsep terbuka ini dibuka untuk umum setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Turut dibuka kepada umum adalah Safari Malam di mana anda boleh mendekati haiwan nokturnal pada cuti hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Melaka Zoo & Night Safari, sila layari www.melakazoo.com atau lawati laman facebook kami di www.facebook.com/melakazoo & instagram di www.instagram.com/melakazoo.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *