in

Tanda-Tanda Ketagih Internet


Tengah-tengah syok ber-Facebook-ing, Hafiz terjumpa satu senarai yang explain tentang tanda-tanda ketagihan Internet. Bila baca balik senarai tu, tiba-tiba rasa macam ada persamaan pula dengan diri Hafiz. Tapi sikit je, tak banyak pun. Agak lucu juga la. Tapi ada betulnya. Hehe. Nah, Hafiz kongsikan senarai tu. Cuba check mana lah tahu, korang pun ketagihan Internet.

  1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
  2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.
  3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online
  4. Korang terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Bagi korang, jika ada 200 followers pada akaun Twitter, maka itu menandakan bahawa korang popular. Padahal seorang pun korang tak kenal!
  5. Keluarga dan kawan korang mula menegur jumlah penggunaan Internet korang. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Tapi bagi korang, mereka saja nak ambil alih main internet.
  6. Keputusan peperiksaan korang terjejas kerana pelajaran terabai. Korang kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!
  7. Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, korang akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”
  8. Korang tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, korang kata korang sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”
  9. Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” korang jawab, “Ada la..” Korang mula merahsiakan apa yang korang lakukan di Internet setiap hari sebab takut kena kutuk. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”
  10. Bila korang hadapi tekanan kerja atau belajar, ayat yang keluar dari mulut korang ialah, “Indahnya jika ada Internet.”
  11. Korang tertunggu-tunggu bila agaknya boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.”
  12. Arahan: Cuba korang bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
  13. Korang merasa geram dan marah apabila ada orang ganggu korang online. Korang pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang, korang beliakkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
  14. Tidur terganggu kerana online.
  15. Apabila bersendirian dan tidak lakukan apa-apa, korang bayangkan diri sendiri sedang online dan menikmati keasyikannya.
  16. Bila ada yang memanggil ketika anda online korang akan jawab, “Sekejap!”
  17. Korang cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
  18. Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Korang akan buat-buat lupa.
  19. Korang memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. Dalam hati, “Buat apa keluar bersiar-siar bila aku boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”
  20. Korang terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja korang berada di depan komputer.

Amacam?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *