in

Tamu Hotel & Suites, Hotel Patuh Syariah Milik Jutawan Melayu


Siapa sangka hotel patuh syariah, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur yang terbina megah di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, rupa-rupanya dimiliki oleh seorang jutawan melayu!

Hotel setinggi 42 tingkat yang dibina dengan menelan kos RM200 Juta itu dilengkapi 276 bilik serta 129 suites, dibina oleh Dato’ Mohd Khay Ibrahim yang merupakan Pengasas Zikay Group Berhad, lulusan perakaunan dari UITM ini bersama adiknya, Dato’ Iszhar Ibrahim.

Kedua beradik ini yang memulakan perniagaan pada tahun 1994 sebagai kontraktor kecil landskap, tanpa menoleh ke belakang kemudiannya menceburi pula bidang pembangunan hartanah, infrastruktur dan perkilangan. Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiannya menceburi bidang pendidikan dan hospitaliti seterusnya mereka juga terlibat dalam penyediaan platform teknologi berkonsepkan kewangan Islam dan patuh syariah, yang meliputi pembiayaan perusahaan PKS.

Sedikit perihal keperibadian terpuji tentang Dato’ Mohd Khay yang boleh dikongsikan, dimana beliau yang mempunyai lima orang cahaya mata terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan, sorang ayah yang senantiasa memastikan kesemua anak lelakinya menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu agama dengan mendalam.

Amalan beliau sejak berbelas tahun dahulu adalah beliau selalu mengamalkan bacaan Al-Quran dan terjemahan di pejabatnya setiap pagi.

Mengenai hotel TAMU yang Dato’ Mohd Khay dirikan itu, ia merupakan sebuah bangunan yang didirikan di atas tanah yang berstatus ‘Penempatan Pertanian Melayu’ setaraf Tanah Rizab Melayu. Ia dibina sepenuhnya oleh syarikat pembinaan ZIKAY dengan sebahagian bantuan pembiayaan Perbankan Islam.

Hotel Tamu ini bertaraf Hotel 5 bintang, cuma setakat ini hanya mendapat pengelasan 4 bintang disebabkan ketiadaan beberapa fasiliti yang ‘kontroversi‘ bagi pengelasan 5 Bintang.

Fakta sejarah mengenai Hotel Tamu

Pemiliknya, Datuk Mohd Khay Ibrahim, berkata beliau pada mulanya hanya mahu membina sebuah bangunan bagi operasi syarikatnya di satu lot bekas tapak bangunan Wisma Dagang di Jalan Raja Alang. Bangunan yang siap dibina itu dinamakan Bangunan Zikay.

Bagaimanapun, beliau kemudian memutuskan untuk membeli sebidang tanah lagi yang terletak bersebelahan Bangunan Zikay untuk dimajukan selepas diyakinkan oleh seorang rakannya yang berkunjung ke pejabatnya.

Dato’ Mohd Khay bagaimanapun mengakui sukar untuk membangunkan tanah rizab atau pegangan Melayu kerana ia dinilai lebih rendah berbanding tanah pegangan bebas atas alasan kuasa membeli orang Melayu tidak utuh walaupun populasi mereka adalah yang paling ramai di negara ini.

Pada mulanya, ada yang kata saya tak waras. Siapa nak percaya orang Melayu boleh dirikan bangunan bukan 10 atau 20 tingkat tetapi 42 tingkat. Ada juga yang tak percaya projek saya ini boleh siap,” katanya yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah.

Beliau berkata apabila Hotel Tamu & Suites siap dibina, nilai hartanah di situ meningkat sebanyak 50%. Dato’ Mohd Khay turut memilih untuk mewujudkan jenama hotel tersendiri daripada mengambil jenama hotel antarabangsa yang sudah popular kerana tidak mahu terikat dengan piawaian yang ditentukan pihak berkenaan.

Hotel patuh syariah

Di kala ramai yang takut untuk menentang arus globalisasi yang banyak mempromosi budaya bertentangan ajaran Islam, Dato’ Mohd Khay membuktikan bahawa berpegang kepada asas Islam merupakan langkah yang terbaik.

Beliau memilih untuk mewujudkan jenama hotel tersendiri daripada mengambil jenama hotel antarabangsa yang sudah popular kerana tidak mahu terikat dengan piawaian yang ditentukan pihak berkenaan.

Kita tidak mahu ada benda-benda syubhah di sini (hotel). Secara tak langsung juga kita memberi pilihan pada mereka yang bekerja dalam industri perhotelan, untuk memilih tempat kerja yang mesra syariah,” katanya sambil menjelaskan usaha yang dibuatnya itu adalah fardhu kifayah yang perlu beliau laksanakan sebagai seorang Muslim.

Menyifatkan dirinya sebagai fundamentalis Muslim, beliau percaya hanya dengan kembali kepada ajaran Islam seseorang itu boleh berjaya.

Jika kita lihat sejarah kegemilangan Islam ia adalah semasa di zaman Rasulullah, zaman sahabat dan zaman pemerintahan khalifah di mana mereka amat berpegang kepada ajaran agama. Jadi, kenapa kita (Muslim) sekarang mahu lari daripada Islam?” katanya.

Majoriti pekerja di hotel ini adalah muslim Malaysia yang asalnya dari pelbagai hotel ternama yang mana para pekerja ini sejak sekian lama mereka mencari peluang bekerja di hotel taraf 5 bintang tetapi ingin menitik beratkan kriteria halal dan menjaga hukum syara’.

Maka wujudnya hotel ini sesungguhnya memberi peluang keemasan dan seperti menjadi fardhu kifayah buat usahawan Muslim yang mampu untuk terus usaha .

Sesungguhnya, kisah mereka ini adalah sumber inspirasi kepada kita semua. Mereka adalah contoh bahawa Bumiputera Islam juga boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam dunia korporat dengan mereka yang bukan Melayu tanpa perlu mengorbankan prinsip Islam yang disanjung.unia korporat yang menjanjikan 1,001 cabaran yang menguji akal, minda dan kesabaran ini, Insya Allah.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *