Dah masuk hari ketiga aku jadi Mr.Mama. So far not bad lah jaga Khair. Rasa macam enjoy lagi ada.
Yelah.. bangun pagi hantar isteri pergi kerja, balik rumah mandikan Khair and then pergi breakfast kat kedai mamak. Lepas tu balik rumah layan Khair bermain, kemudian tidurkan dia sebentar untuk tidur tengahari.
Bila dia dah tidur barulah aku update blog, layan Facebook, tonton TV, kemas rumah, siram pokok, basuh baju dan lain-lain.
Petang pulak bila Khair dah bangun, aku mandikan dia sekali lagi dan bagi makan apa-apa makanan yang ada dirumah sebelum siap-siapkan dia untuk pergi ambil ibunya di tempat kerja.
Wah.. Kalau difikir-fikirkan semula, memang best rutin kerja macam ini. Rasa macam rilek betul. Kurang stress aku berbanding kerja di pejabat. Paling kuat pun, cukup sekadar penat melayan karenah Khair bermain.
Tapi tak apa beb, penat-penat pun aku rasa enjoy. Rasa happy sangat bila dapat meluangkan masa dan melihat sendiri telatah Khair bermain didepan mata.
Bak kata orang.. Time is precious. Kerja, kerja jugak. Tapi kalau ada peluang untuk luangkan masa dengan anak, better spend it wisely. Masa yang dah berlalu, mana boleh nak U-turn balik kan. Betul tak?
gua tengah tunggu bini gua balik nih.
katanya nak belanja gua makan.
mana bini gua nih..grrr..
Jaga anak ni penat fizikal je rasanya kan. Kalau kerja dah la penat fizikal, mental pun rabak jugak.
Seronok jadi Mr. Mama nikan Bro…. Anak pun baru sorang, masih relaks lagi… Bila dah masuk anak 3 macam saya ni, kelam kabutlah juga dibuatnya… hehehe 😉
masa bersama keluarga adalah masa yang berharga..
sesekali dok rumah jadi Mr Mama… best kan.. kan… hehehee
anak dah besar ok je kot..kalau kene jaga baby yg masih breastfeed mesti tak sabar tunggu wife balik..hehe
salute pada kaum bapa yang dapat memikul tugas ibu.bukan nya mudah.huhu..