in

Tamat Darjah 1.. Lepas Ini Darjah 2 Pulak


Hari ni hari terakhir persekolahan sekolah rendah untuk sesi 2019. Khair pergi sekolah macam biasa tapi dia bagitahu cikgu suruh datang bawak buku cerita je sebab tak ada apa-apa aktiviti lain dah. Bermain kat luar kelas tak dibenarkan, tapi sekolah dia ada buat tayangan filem dekat tempat perhimpunan.

Macam kelmarin.. diorang tonton filem Ejen Ali, semalam tu pulak filem Doraemon. Fuhh.. macam pergi tengok wayang pulak kan. Berbeza benar dengan zaman daddy sekolah dulu. Zaman daddy kalau dah hujung-hujung hari sekolah ni semua pakat-pakat bawak kad tepuk je lawan main dalam kelas. Tak pun, lawan pemadam sementara nak tunggu waktu balik. Hahaha.

Well.. cerita bab sekolah ni, kejap je dah habis Khair darjah 1. Pejam celik, pejam celik lagi beberapa minggu nak masuk darjah 2 pulak. Masa berlalu begitu pantas kan, kejap je dah besar.

Haziq tu pulak dah nak masuk umur 3 tahun, dia pun dah kurang nak bagi orang cium-cium pipi. Maka.. Terpaksa lah daddy dan ibu usaha dapatkan adik baru pulak. Keh keh keh.

Apa-apa pun.. untuk tahun depan Khair nak masuk darjah 2, daddy dan ibu dah tahu apa yang nak kena diutamakan untuk persediaan dia nak masuk sekolah. Pengalaman banyak mengajar. Pensel, pemadam, pembaris.. itu wajib borong banyak-banyak terus. Beli kat kedai Eco 2.10 je.. jimat dan mudah untuk ganti mana-mana barang yang hilang dari radar secara tiba-tiba. Hahaha.

Nota: Untuk parents yang anak baru nak masuk darjah 1, jangan pening-pening. Aku dah tolong buat checklist barang-barang yang perlu ada untuk masuk darjah 1. Sila baca.

p.s: Cuti sekolah, bukan bermakna duduk rumah tak ada buat apa-apa. Jadual mingguan masih lagi diisi dengan kelas Taekwondo dan kelas renang. Itu sambung macam biasa tanpa ada cuti. Tengah mencari lagi kot-kot boleh tambah lagi masuk kelas muzik atau kelas mandarin pulak.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge