Taktik Penipuan Melibatkan PosLaju

Perhatian kepada pembaca-pembaca sekalian, disini Hafiz nak kongsi sikit tentang sindiket penipuan terbaru yang melibatkan PosLaju Malaysia. Salah seorang daripada kawan Hafiz baru sahaja hampir-hampir terkena dengan taktik baru yang digunakan oleh geng-geng bangsat tak bermoral ini.

Ceritanya macam ni, mangsa mendapat surat dari PosLaju yang mengatakan beliau mempunyai dokumen yang perlu diambil di Pejabat PosLaju. Kemudian mangsa mendapat reminder dari nombor ini +97793171337. Mangsa yang masih blur-blur menelefon nombor yang diberikan dan ada orang yang menyamar sebagai pihak Pos menjawab panggilan tersebut dan memberitahu bahawa dokumen itu adalah surat panggilan dari Mahkamah Tinggi Shah Alam. Orang tersebut memberitahu lagi bahawa akan ada pihak polis dari Bukit Aman akan menghubungi mangsa.

Tidak lama selepas itu ada seseorang yang mengaku dia adalah Polis dari Bukit Aman menelefon dan menerangkan bahawa mangsa terlibat dengan Azmi b Osman dalam pengeluaran wang haram Ambank Johor Bahru sebanyak RM95Ribu. Jadi untuk mengelakkan aset mangsa di bank dibekukan, mangsa diminta untuk memindahkan aset yang ada kedalam akaun bank yang tertentu (akaun bank si penipu). Dibawah merupakan komen yang diberikan oleh mangsa di facebook beliau.

“Org yg menipu tu menyamar jd polis, diorg guna no telefon HQ balai polis bkt aman (dgn cara curi line). Saya xpegi amek lg documet kt pej post tu, saya dpt reminder call dr no yg saya mention kt atas td, then saya call dlu utk pastikan document ape, pastu diorg ckp (konon2 dr org dr postlaju), yg tu surat dr mahkamah tinggi shah alam. Saya pelik kenapa saya trlibat dan saya minta smua details story..kemudian dia ckp suruh saya tgu, pegawai dr ibu pejabat polis bkt aman akan call saya. Bile org dr bkt aman tu (org yg mnyamar jd polis tu) call, dia ckp saye terlibat dgn kes Azmi b. Osman ni melibatkan pengeluaran duit haram RM95ribu.”

Sekarang ni macam-macam cara yang dilakukan oleh geng-geng bangsat tidak bermoral ni untuk menipu orang. Diharapkan pembaca semua berhati-hati la ye. Lebih-lebih lagi sindiket penipuan antarabangsa. Apa-apa surat berkaitan mahkamah sepatutnya tidak boleh diketahui kandungannya melainkan empunya badan sendiri.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Jangka hayat gigi ibu bapa berkurang selepas dapat baby

    The wordpress secure?

    Free theme wordpress merbahaya