Kali pertama pergi Klinik Kesihatan. Tak sangka, memuaskan hati betul. Aku bersiap keluar dari rumah hampir-hampir jam 8.00 malam.
Sampai je Klinik Kesihatan, ambil darah baby Haziq.. Hantar ke makmal, tak sampai beberapa minit dah dapat result.
Kerusi pun tak sempat panas. Hahaha.
Thumbs up untuk warga kerja Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, jatuh hati aku dengan servis diorang. Laju! Next time nak datang check kuning baby tak rasa culas lagi dah.
By the way, aku pun baru tahu je Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi ni dibuka sampai ke malam (nurse yang datang checkup baby kat rumah bagitahu).
- Setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam (Boleh datang check baby dan juga pesakit luar)
Terbaik kan?
Sangat membantu bagi mereka yang susah nak datang siang hari.
p.s: Bacaan kuning baby Haziq 13.3. Masih dibawah kawalan. Kalau 15 keatas baru kena duduk bawah lampu UV.
sama macam klinik desa kat jenderam ni,siap tinggal no phone sebesor alam kat pintu kalau emergency call je nurse hehehhe semoga baby cepat sihat ye…
Saya doakan semoga bacaan kuning baby Haziq segera turun.. In Shaa Allah..
Memang terbaik lah tuan
.
Best duduk bangi
.
Pusat rawatan bercirikan islam pun ada
.
Tak risau soal aurat wanita
Klinik kesihatan kerajaan ke swasta ni tuan.
Rasanya kerajaan ni
.
Tak dinafikan
.
Sekarang ni kualiti rawatan dah jauh meningkat
.
Siap ada appointment base lagi
.
Tak payah tunggu lama
Yerp. Klinik kerajaan. Kualiti dah bagus.
Alhamdulillah servis terbaik. Kita pom tak rasa fed up nak p chek up baby
bagus betul..takyah tungu lama
Klinik kesihatan bangi seksyen 3 boleh check pregnant tk? Dan kene buat appoiment dulu ke ?
Tak sure sekarang macam mana. Ada terbaca hari tu untuk klinik kerajaan sekarang ni semua kena buat appointment secara online dulu.