in

Tak Elok Stress Lama-Lama


Ini entri membebel..bukan berdasarkan pengalaman tapi fakta tentang diri sendiri.

“Stress”..benda ni memang aku tak suka sejak azali lagi. Dari zaman budak-budak sampai dah jadi bapak budak..kalau boleh memang aku nak elakkan.

Sebabnya, bila aku stress macam-macam benda berlaku..contohnya aku akan jadi cepat marah. Bila dah marah, banyak benda akan jadi huru hara.

Contoh paling mudah, memandu. Sangat-sangat berbeza cara pemanduan aku bila aku tengah cool berbanding tengah marah. Bila emosi tak stabil aku akan jadi pemandu yang agak gila-gila, lebih kurang macam pakcik-pakcik teksi yang kerek-kerek kat KL tu.

teksi samseng

Sama jugak bila aku berblogging, time stress je terus idea nak buat entri tu akan hilang entah kemana. Lagi difikir, lagi buntu fikiran.

Pendek kata, aku perlukan masa untuk tenangkan fikiran dan biarkan idea-idea mantap masuk dalam kepala. *Ini salah satu daripada teknik dapatkan idea berblogging, boleh rujuk buku  kalau tak percaya. Ada tulis kat dalam tu.

Hmm..kalau difikir-fikir balik, nasib baik aku ada isteri yang dapat terima perangai aku seadanya. Selain ibu aku, dia lah tempat aku luah perasaan, dia lah tempat aku bermanja. Mungkin disebabkan ilmu pengasih yang aku guna masa dating 9 tahun lepas menjadi. Alhamdulillah. Hahaha. Acah je.

Okaylah, cukup aku mengarut malam ni. Tadi dah penat elak jem, treller terbalik tengah jalan depan Hospital Serdang. Semua jalan keluar dari Putrajaya nak ke Bangi penuh sesak dengan kereta. Punca betul lah treller tu..lambat aku sampai rumah. Cisssdel.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. Memang tak elok stress lama-lama. Kena cari jalan nak legakan stress. Kalau tak boleh membawa kepada penyakit-penyakit lain pula.

  2. kalau stress kena musahabah kan diri. pasti kita sedar dan buka mata kembali utk kembali menjadi ‘manusia’ kembali.

  3. Ho tu jalan mintak korban tu, dah biasa lalu situ ada eksiden..daripada kecik lagi situ kawasan faveret. Bro hafiz tak nampak ke kuil dekat tepi kiri tu daripada susur keluar putrajaya? ada 3 kuil kecil tersorok membentuk segi tiga apa lihat menggunakan alat ukur tanah dekat Hospital serdang tu. Ok acah je, kecuaian manusia memandu tak baca bismilah. Hehehe

  4. hu3..aku pun kadang2 macma ni jugak..bila stress mmg idea kering dan buat benda banyak tak jadi..dah la ambil masa nak cool down balik

  5. Jika ada pekerjaan yang berat dan menumpuk serta sulit teratasi sering juga saya merasakan stress, obatnya cuma satu yaitu dekatkan diri pada Allah SWT dengan berdoa dan ibadah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *