in

Tahan Kentut Itu Bagus


Seriously betul-betul rasa tak logik pada permulaannya. Sebelum ini aku rasakan kalau dah rasa nak kentut sangat tu baik lepas kan aje, in case lah ada gas-gas jahat yang akan terkumpul di dalam badan kan.

Hmm.. Tapi.. Aku silap..

Silap selepas membaca apa yang diterangkan secara ringkas oleh seorang pengamal perubatan moden iaitu Dr.Zubaidi melalui laman blognya, beliau berkata bahawa menahan kentut adalah satu aktiviti yang bagus dan bermanfaat kepada badan.

Ini kerana apabila seseorang itu menahan kentut, gas-gas kentut yang terkumpul dalam badan ini dikatakan dapat membantu menyihatkan lagi mitokondria-mitokondria didalam badan.

What?

Mitokondria ini berfungsi untuk menghalang badan kita daripada berasa lemah dan tidak bertenaga disamping itu ianya juga dapat membantu merawat penyakit seperti stroke, lemah jantung, diabetes dan juga melambatkan penuaan.

Hahaha.. Bunyi agak lucu kan.

Tapi siapalah aku untuk menyangkal semua ini. Nak kata salah pun tak boleh sebab ini adalah kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar.

Haaa.. Tapi ada satu tips menarik yang boleh korang praktikkan. In case kalau ada rakan-rakan korang yang suka kentut secara terbuka, boleh forward-kan info ini kepada mereka. Manalah tahu bila mereka dah aware tentang perkara ini mereka akan lebih berkelakuan baik. Tak perlu lagi korang terseksa dengan bau-bau kentut yang sah-sah busuk macam telur tembelang tu. Hehehe.

Sumber rujukan: Bahayakah menahan kentut?

p/s: Tahan kentut ketika solat hukumnya Makruh jika merosakkan khusyuk solat. Jika tidak merosakkan khusyuk ketika solat, hukumnya Sunat. ~ UAI


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Woot!! Baru tahu ni… tapi sebenarnya susah juga nak tahan kentut ni.. dia akan terkentut juga. Hahahaha

  2. nikmat kentut selepas menahannya akibat lokasi yang tidak sesuai adalah suatu kesyukuran yang tidak terhingga…hehe

  3. rupanya, banyak kesan tahan kentut pada badan..

    baru tahu..

    tapi lebih selesa klau lepaskan sahaja..

    jika asyik tahan, terasa tak selasa pulak..

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *