Fuh.. agak mencabar juga sebenarnya untuk maintain simpanan tabung oren. Kalau iman tak kuat, mungkin awal-awal lagi dah kecundang di tengah jalan.
Actually, “tabung oren” ini merupakan teknik simpanan khas aku yang terbaru. Dibaca melalui blog freddie.my, aku agak tertarik sebenarnya dengan cara simpanan beliau yang hanya memfokuskan pada kepingan note bernilai RM20 sahaja.
Setiap kali berbelanja, jika ada kepingan note RM20 didalam tangan, ia wajib disimpan didalam tabung khas.
Seronok. Terasa excitednya seperti anak-anak kecil mengumpul duit syiling didalam tabung. Hahaha.
Dan berkat komited beberapa hari ini.. Alhamdulillah, setakat ini proses simpanan masih dalam keadaan lancar. Tekad didalam hati untuk aku menyimpan simpanan tersebut sekurang-kurangnya 6 bulan daripada sekarang ataupun selama yang mungkin.
Well.. Manalah tahu kan, bila dah tiba masanya nanti ianya boleh digunakan untuk sesuatu yang bermanfaat. 😉
p/s: Tips menyimpan lain yang boleh dicuba, simpan duit melalui sijil. Tips ini sesuai bagi mereka yang culas nak menyimpan.
Sponsor Ads – Nak tempah hotel murah-murah? Saya syorkan anda tempah melalui Agoda.com kerana harga yang ditawarkan sememangnya berpatutan dan terdapat banyak pilihan hotel serta review-review dari pengunjung yang pernah berkunjung ke sana. Worth the money.
meleleh hidung nak simpan note RM20 ni.. kalau keluar duit dari ATM 10 keping semuanya note RM20 camna tu hahahaaa
Simpan semua la dkna. hahaha
aku skang ni konsisten mamat hijau je..dah buleh pejam mata je buh dalam tabung..:D
Huhu…dua orang saya jumpa blogger yang buat macam ni..rasanya saya nak buat tabung merah la pulak… Sorang tabung hijau..sorang tabung oren..saya pula tabung merah..haha
ok ini rare.. idea menarik bro
Aku masih dengan tabung hijau.. Alhamdulillah dah banyak ada dalam simpanan.. Mungkin lepas ni boleh tukar ke tabung oren pulak..
masih maintain dengan duit besi aje.
haha..
Cara ni sangat berkesan. Saya pula guna tabung “hijau”..he he..sebab kumpul duit rm5. Mungkin nak kena naik ke tabung oren jugak ni..so banyak sikit simpanan tu..
seronok ni, jarang dapat duit oren. Bila dapat mesti teruja 🙂
Saya maintain buat tabung biru sahaja..nanti up la buat tabung hijau pula..
buat tabung senang.tapi nak isi tabung tu susah sikit
warghhh….nak tiru jugak…hehe