Tablet: Beli 1 Dapat 2

Ah sudah. Dah ada 2 biji pulak tablet dekat rumah. Satu yang aku baru beli untuk Khair tempoh hari, satu lagi yang aku dah beli 2 tahun lepas.

Tablet murah
Yang kiri baru, yang kanan lama

Nak dijadikan cerita, mula-mula aku ingatkan tablet yang lama dah rosak. So tadi masa dekat ofis saja gatal-gatal biarkan tab lama tu charge lama-lama sikit, then tiba-tiba pulak berfungsi dengan cemerlangnya.

Dalam hati, adoyai. Kalaulah aku tahu awal-awal tablet yang lama ni masih elok, dah tentu aku dah bagi Khair guna.

Khair dengan tablet kanak-kanak
Kiri kanan pegang taknak lepas

Hmm.. Fikir positif, mungkin ada sebabnya kot kenapa ditakdirkan Khair ada 2 tablet. Kot-kot lah satu tablet dah habis bateri nanti, boleh tablet yang lagi dijadikan spare untuk sambung guna. Betul tak? Hahaha.

Nota: Compare harga dulu dan sekarang, memang jauh beza. Dulu masa baru-baru keluar, aku beli RM600. Sekarang? RM99 pun dah boleh dapat. Pehhh..

p/s: Tajuk tu saja je bikin gempak. Mana ada betul-betul jual 1 dapat 2. Rugi la tokey. Acah mak enon. Hehehe

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Panduan Dan Contoh Soalan Exam PTD 2016

    Major Servis Toyota Vios Ku