in

Syoknya Ada Listing Saham Undervalue


Nampak orang share profit beratus-ratus, beribu-ribu memang kita pun rasa teruja. Tapi perlu ingat, yang untung tak semestinya terus untung. Dan untung tu pulak tak semestinya baru trade saham hari ni, terus untung berkali ganda.

Throwback sikit pengalaman disaat bermulanya aku terlibat dengan aktiviti pelaburan saham, jujur aku katakan kerugian mencecah ribuan ringgit. Nasib baiklah pada masa itu duit yang dilaburkan adalah duit lebihan, maka nak kata ralat tu tak adalah sangat. Cuma.. penyesalan daripada tindakan membeli saham secara membuta tuli membuatkan aku kini lebih berjaga-jaga supaya pisang tak berbuah dua kali.

https://www.facebook.com/hafizmdrahim/posts/10219923818878289

Dek kerana “yuran kebodohan” aku ketika aku tu boleh dikira sangat tinggi. Maka, satu benda yang mengajar aku dan aku ingat benda ini setiap hari adalah, setiap perkara yang ingin dilakukan mestilah ada gurunya. Tanpa guru, kita tak tahu sama ada tindakan kita itu betul ataupun salah.

Anologi mudah.. kecil-kecil nak pandai kena pergi sekolah. Belajar ikut subjek dan guru yang pakar dalam bidang masing-masing. Sama jugak la macam saham. Nak pandai melabur saham, carilah guru saham.

Tapi nak diceritakan waktu dulu dengan sekarang, zaman dah berubah. Kalau dulu beberapa tahun sudah, nak cari guru saham punya lah payah. Even adakalanya nak belajar dengan remisier pun remisier yang kekwat, tanya apa-apa malas nak layan. Mujurlah dengan kemajuan teknologi hari ini, semuanya pembelajaran daripada guru-guru saham boleh dipelajari secara online sahaja.

Coaching online, live trade, video conference.. pendek kata semua boleh asalkan ada internet. Yang paling mudah, belajar asas pelaburan daripada ebook sahaja. Download dan baca saja guna mana-mana peranti. Dari smartphone pun boleh.

Dan bila bercakap mengenai asas pelaburan saham ni, alang-alang aku nak berkongsikan satu ebook yang diterbitkan oleh seorang pelabur senior dan rakan aku di dunia maya, namanya. Diterbitkan oleh Abang Ensem. Menariknya ebook ini adalah ia disertakan sekali dengan listing kaunter saham undervalue bagi rujukan korang untuk membuat penilaian sama ada ia berpontensi menjana keuntungan bagi pelaburan korang kelak.

Nota: Jujurnya kaunter yang dikongsikan oleh beliau memang majoritinya sudah berada didalam watchlist aku dan dalam tempoh kebelakangan ni juga ada diantara kaunter-kaunter tersebut yang dah bagi pulangan positif buat pelaburan yang dah aku buat. Hee.

Korang nak tak listing saham tu? Boleh dapatkannya di –


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *