Syampoo Tyzara Merawat Masalah Rambut Gugur

Orang kata lelaki ni jenis main sebat je tak kira apa yang ada depan mata. Pencuci muka ke, sabun ke, bedak ke, deodorant ke, syampu ke.. Tak kisah la apa-apa jenis barang penjagaan diri sekali pun. Asalkan ada depan mata, bagi diorang semua boleh guna. Betul tak?

Well.. Ada sesetengah barang yang dimaksudkan tu aku setuju. Kerana secara realitinya memang ada pun aku guna bedak Khair, sabun mandi Khair dan tak kurang juga.. pencuci muka wife aku. Hahaha.

Tetapi guna barang orang lain, bukanlah bermaksud kesemua produk yang ada dirumah ini aku akan guna tanpa usul periksa.

Untuk produk syampu misalnya, bab ni memang rumit sikit. Sebabnya.. aku tak akan sesekali guna sebarangan syampoo kerana rambut aku agak sensitif.

Setiap hari kalau mandi, boleh nampak berapa banyak rambut yang melekat di tangan. Sehinggakan kadang-kadang rasa stress jugak sebab takut jadi botak sebelum usia tua. Hahaha.

masalah-rambut-gugur

Penggunaan syampu yang kerap agak membantu bagi mengurangkan rambut gugur, akan tetapi perlu dinyatakan disini.. Bukan sebarangan produk syampoo yang aku boleh guna ye.

Pernah sekali aku beli syampoo brand H, tetapi selepas beberapa hari menggunakannya.. rambut gugur aku makin menjadi-jadi pulak. Haihhh.. Brand H, terus taubat taknak pakai. Biarlah jadi kenangan. Hahaha

Nak dijadikan cerita..

Dalam tempoh hampir dua minggu yang lepas, selepas menggunakan satu produk syampoo baru.. boleh dikatakan masalah rambut gugur aku menemui ubatnya. Ubat yang dimaksudkan itu ialah syampoo Tyzara.

syampoo-tyzara-merawat-rambut-gugur

Actually, pertama kali terdengar brand Tyzara ni rasa was-was.

Brand baru, mestilah kita tak tau lagi sejauh mana tahap keberkesanannya. Tetapi, terima kasih kepada rakan blogger Nina Mirza yang berkongsikan tentang keberkesanan syampoo Tyzara dalam merawat masalah rambut gugur.

Dari feedback positif itu, terbuka sudah hati aku untuk mencubanya.

Syampoo Tyzara, jika dibaca tentang bahan pembuatannya, ia menggunakan bahan-bahan yang berasaskan bahan semulajadi.

syampu-tyzara

Menggunakan trifolium pretense (clover) sebagai salah satu bahan pembuatan, ianya berfungsi sebagai penguat akar rambut.

Dan satu keunikan syampoo ini.. korang jangan pelik pula ye, kerana ia bukan sahaja sekadar syampoo. Tetapi juga boleh digunakan sebagai tonik rambut bagi mereka yang mempunyai masalah rambut gugur yang kronik.

Hanya dengan lumurkan syampoo Tyzara ini di kepala sebelum tidur, biarkan semalaman sambil kepala dibungkus dengan tuala. InshaAllah, keesokan harinya masalah rambut gugur akan berkurangan.

Nota kaki:

Sangat best guna syampoo Tyzara kerana ia memberikan keselesaan kepada pengguna. Sejurus dilumur ke kepala, terasa sejuk-sejuk berangin hingga terasa ia meresap kedalam kulit.

hafiz-rahim_tyzara-shampoo

Gatal-gatal kepala dan rambut gugur boleh dirawat dengan cepat.

So, overall.. syampoo Tyzara sangat dicadangkan buat mereka yang mengalami masalah rambut gugur.

Harganya mampu milik, dan sekiranya korang ingin mendapatkan special discount.. boleh WhatsApp dan mention kod “HAFIZ” ke 0192944799.

syampoo-tyzara

Untuk rujukan lanjut, layari:

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 4 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Akhirnya Dapat Upgrade TM UniFi 30 Mbps

    Yes! Berjaya Kumpul Shell Heritage Canister Limited Edition