Siapa yang tak kenal negara China. Dari sudut positifnya ia sebuah negara yang popular dengan barangan yang berharga murah. Memang seronok bershopping. Tapi dari sudut negatifnya pula, ia sebuah negara yang paling banyak mengeluarkan produk yang tak berkualiti dan merbahaya.
Sebelum ini banyak cerita negatif yang kita dengar tentang barangan buatan mereka, dan baru-baru ini ada lagi satu berita yang mungkin merisaukan ibu bapa kalau melancong ke negara tersebut iaitu susu tepung yang dikatakan boleh menyebabkan tumbesaran anak menjadi terlalu cepat sehingga ada laporan tentang bayi yang berusia 6 bulan mula mengalami pembesaran payudara.
Susu tepung itu dipercayai mengawal hormon seks dan meningkatkan paras gonadotropins dan testosteron.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa pendapat pakar yang mengatakan bahawa kejadian ini ialah satu perkara normal yang sering berlaku pada bayi dan keadaan mereka akan kembali normal apabila bayi itu berusia dua tahun.
Hmm..entah betul atau tidak pendapat pakar diorang ni. Dah macam-macam hal yang terjadi kat China. Bagi Hafiz sendiri kalau dah banyak benda yang merisaukan terjadi, dapat tiket AirAsia murah pun Hafiz fikir berpuluh kali nak pergi sana.
Produk china banyak yang berbhaya saat ini.