in

Susu Bayi Percuma


Beberapa minggu lepas aku ada menerima panggilan daripada pihak Dumex berkenaan dengan isu produk tenusu tercemar yang ditarik balik dari pasaran tempatan.

Menurut mereka, terdapat ramai pengguna yang mengadu kerana susu tercemar yang telah dibeli tidak dapat ditebus kembali berikutan terdapat segelintir kedai yang tidak memberi kerjasama.

Maka, disebabkan ingin menjaga hati para pelanggan mereka..pihak Dumex telah berbesar hati untuk mengagihkan produk tenusu dari jenis yang sama secara percuma kepada pelanggan yang terjejas sebagai ganti rugi.

Dan YA..disebabkan aku merupakan salah seorang daripada pelanggan yang terkena tempias produk tenusu tercemar tempoh hari..hari ini aku telah menerima produk tenusu itu secara percuma, walaupun sebenarnya aku telah berjaya mendapatkan refund sebelum ini.

Dumex ganti rugi
Bungkusan yang sampai
khair dan dumex
Biar adik tolong bukak!
Dumex refund
Tadaa..susu tepung
baby dumex
Banyaknya susu adik
Dumex refund susu
Siap dapat surat cinta Dumex Mama Club

Alhamdulillah..Rezeki Khair. Dapat stok percuma 1.8kg yang bersamaan dengan stok susu dua minggu. Save bajet bulan ini. Terima kasih Dumex.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Alhamdulillah..murah rejeki adik. Bagusnya company dumex ni buat begini utk membeli kembali hati pengguna produk mereka. 1.8 Kg..bnyk jugak tu!

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *