Beberapa minggu lepas aku ada menerima panggilan daripada pihak Dumex berkenaan dengan isu produk tenusu tercemar yang ditarik balik dari pasaran tempatan.
Menurut mereka, terdapat ramai pengguna yang mengadu kerana susu tercemar yang telah dibeli tidak dapat ditebus kembali berikutan terdapat segelintir kedai yang tidak memberi kerjasama.
Maka, disebabkan ingin menjaga hati para pelanggan mereka..pihak Dumex telah berbesar hati untuk mengagihkan produk tenusu dari jenis yang sama secara percuma kepada pelanggan yang terjejas sebagai ganti rugi.
Dan YA..disebabkan aku merupakan salah seorang daripada pelanggan yang terkena tempias produk tenusu tercemar tempoh hari..hari ini aku telah menerima produk tenusu itu secara percuma, walaupun sebenarnya aku telah berjaya mendapatkan refund sebelum ini.
Alhamdulillah..Rezeki Khair. Dapat stok percuma 1.8kg yang bersamaan dengan stok susu dua minggu. Save bajet bulan ini. Terima kasih Dumex.
Alhamdulillah..murah rejeki adik. Bagusnya company dumex ni buat begini utk membeli kembali hati pengguna produk mereka. 1.8 Kg..bnyk jugak tu!
rezeki tuu.. muncet la adik nanti… hehehe
wahh..untunglah anak hang ek..
perrgghhh huntong la…
terbaiklah, mcm ni la nak jaga pelanggan, mesti pelanggan xkan lari
Dumex ganti lebih ke cukup2 bro? Banyak jugak tu kan.
baru aku perasan, anak ko punya rambut..memang ikut rambut ko. kan? kan?
dah aku bapaknya..memang la..hahaha
adik pun buat macam tak percaya je..adakah ini mimpi…hahaha
Mmg murah rezeki adik.. ringan bebanan ibu n daddy. Dpt adik minom susu byk2..
Rezeki ank mmg xble di duga..:)
rezeki anak anak 😛