Kalau dah tekak made in Malaysia, apa-apa juadah pun wajib nak kena mix and match dengan selera tempatan juga kan. Tak kira makanan dari ceruk mana sekalipun, Jepun ke, Cina ke, India ke, Kutub Utara ke.. bila dah masuk negara kita, mesti kena modify sikit. Betul tak?
Begitu juga halnya dengan Sushi King, yang dikenali dengan Japanese food-nya seperti sushi, udon dan bermacam-macam jenis menu yang datang dari negara matahari terbit.
Memandangkan kini Sushi King ingin menarik minat lebih ramai pelanggan untuk menikmati makanan-makanan yang ditawarkan oleh mereka, baru-baru ini aku bersama beberapa orang blogger dijemput untuk merasai keenakan menu terbaru yang bertemakan “Japanese Curry With A Kick” – iaitu makanan jepun yang telah di-mix and match-kan dengan kari.
What? Kari?!
Makan sushi dengan kari?
Udon dengan kari?
Well, dah aku katakan tadi kan.. tekak orang Malaysia. Kari, dah diibaratkan sebagai lauk tambahan utama dalam pemakanan seharian, lebih-lebih lagi dengan situasi majoriti yang bangun pagi-pagi je terus pergi makan roti canai dikedai mamak. Kuah? Kari. Betul? Hehehe.
By the way, frankly speaking.. ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke outlet Sushi King. Sebelum ini, tak terlintas langsung di hati untuk mengisi perut aku dengan makanan Jepun. Ini kerana, bagi aku.. aku fikirkan makanan Jepun ini dihidangkan mentah-mentah kepada pelanggan.
Errr.. Ok fine, memang aku akui pemikiran sebegini agak kolot. Hahaha ;p
Memasuki perkarangan outlet Sushi King di Sunway Piramid yang terletak berdekatan dengan tempat bermain ice skating, memang tak dinafikan kebersihan restoran mereka dijaga dengan rapi.
Susunan ruang makan yang terbahagi kepada dua, iaitu pilihan pertama meja segi empat biasa yang sesuai sekiranya pelanggan berkunjung bersama sanak-saudara ataupun sahabat handai, manakala pilihan kedua, diruang tengah restoran ini yang terletaknya meja Sushi Kaiten – merupakan meja yang menghidangkan sushi dan bergerak diatas conveyor belt sambil pelanggan boleh menikmati pemandangan bagaimana chef-chef menyiapkan sushi secara live.
Menikmati hidangan Jepun bersama kari
Berbalik kepada cerita yang ingin dikongsikan, menu negara matahari terbit ini yang dihidangkan bersama kari. Pada awalnya aku berpendapat mesti rasanya agak kelakar. Yelah, seumur hidup aku tak pernah lagi aku lihat menu seumpamanya, malah memakannya pun jauh sekali. Hoho.
Antara menu utama Sushi King yang dihidangkan bersama kari, termasuklah..
Dari jauh kelihatan seperti kari yang disediakan ini biasa-biasa saja. Namun, sebaik saja kari disuap ke mulut.. deria-deria rasa dilidah mula aktif bertindak balas dengan menghantar signal kepada otak bahawa rasa karinya agak unik. Dihidangkan dengan tiga jenis pilihan kari iaitu; Tomato Curry untuk kurang pedas, Curry untuk pedas biasa dan Spicy Curry yang paling pedas, setiap satu daripadanya sangat sedap sehinggakan aku rasa macam nak tambah lagi je (cuma rasa malu sebab dikelilingi dengan aweks-aweks.. tak jadi tambah. hahaha).
Menu-menu lain yang juga mengecurkan air liur seperti..
Kombinasi menu Jepun ber-kari yang cukup sedap dan menepati citarasa aku.
Dipengakhiran menjamu selera, kami dihidangkan pula dengan pencuci mulut ice-cream doughnut. Matcha Ice-Cream Doughnut dan Vanilla Ice-Cream Doughnut.
Well.. nothing can describe the feeling when you eat those desserts. Doh doughnut yang lembut, dilengkapkan dengan aiskrim dan coklat.. memang sedap gila weh!
But of course, bila dah dikelilingi aweks.. sekali lagi aku terpaksa behave. Jamah sikit-sikit secara perlahan-lahan bagi mengelakkan aku dianggap sebagai jantan yang gelojoh. Hahaha
Nota: Overall experience setelah menikmati makanan bertemakan kari di Sushi King ini, boleh dikatakan bahawa ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Tak tersangka sama sekali hidangan jepun yang selama ini dianggap memualkan oleh aku boleh menjadi suatu hidangan yang cukup enak untuk dimakan. Seriously bagi korang yang tak pernah merasa makanan Jepun, it’s worth to try. Abam bagi 10 bintang! hehehe.
Bersempena dengan kempen promosi Japanese Curry With A Kick yang berlangsung daripada 1 April sehingga 30 Jun 2017 ini, satu contest mudah sedang dijalankan oleh pihak Sushi King. Contest tersebut yang memerlukan korang untuk melakukan 2 step mudah ini iaitu:
- Post-kan gambar paling kreatif ketika korang sedang menikmati Curry-Hot-Kick diruangan komen FB Sushi King beserta #MySKCurry.
- Kemudian tag 2 orang kawan untuk turut menyahut cabaran ini.
Pihsk penganjur akan menghadiahkan 100 helai t-shirt eksklusif keluaran Sushi King kepada pemenang yang bertuah. Jadi, sekiranya korang berminat untuk mendapatkan hadiah eksklusif edisi khas tersebut, sila jangan lengah-lengahkan lagi untuk menghantar penyertaan okay. Good luck. 🙂
Nampak pekat kari tu, tetiba lapaq plak ni hehe
Sedap betul tgk sushi dgn kari. Nyum nyum
Ya Auloh… sedapnya tengok. Kari pula , sgt Malaysian so mmg boleh sgt masuk tekak buat mereka yg susah nk telan sushi sebelum..
Berapa kalau nak advertise sini?
Pernah dengar sushi king tak halal? Memang tuan pasti ada sijil halal ke?
Pernah dengar. Tapi kita sebagai pelanggan, jangan dengar saja. Semak sekali di website Jakim. So far, sijil halal memang ada.
fuh tadi baru makan shushi…tp x try yg kari ni