Cerita beberapa bulan lepas. Tapi baru rajin nak publish. Hahaha. Journey untuk hidupkan roadtax motor FZ150i lampu bulat aku berakhir dengan jayanya. Walaupun banyak prosedur dan situasi menyakitkan hati yang aku kena hadap, tapi demi mendapatkan sekeping kertas roadtax cenonet yang dikeluarkan oleh pihak JPJ membuatkan hati aku rasa puas.
Journey yang bermula sejak proses baik pulih motor fz aku ni bilamana ada banyak komponen dalaman motor yang rosak dan perlu ditukar ganti, kemudian masuk pulak ke cerita tukar yang dah wear and tear i.e tayar, rantai motor, sprocket dll dan semalam pulak, proses yang terakhir.. iaitu aku perlu ke JPJ dan Puspakom untuk minta permit perjalanan seterusnya membuat inspection bagi tujuan memperbaharui cukai jalan.
Sebenarnya kalau tanya aku, overall proses untuk hidupkan roadtax motor yang dah lama tak hidup ni agak leceh.
Yelah, kita mula-mula kena dapatkan permit perjalanan daripada pihak JPJ (untuk elak langgar undang-undang dan kena saman kalau kena tahan polis or whatsoever je sebenarnya), kemudian buat inspection.. lepas tu baru boleh renew roadtax.
Untuk dapatkan permit perjalanan daripada pihak JPJ tu kalau ikutkan mudah je sebenarnya, tapi disebabkan nak kena berurusan dekat kaunter JPJ.. maka kat sini korang kena spend beberapa jam (bergantung pada situasi, kalau ramai orang.. lama la korang kena tunggu) semata-mata nak dapatkan sign dan chop JPJ sahaja. Macam aku.. tiba di JPJ jam 9 lebih, tengahari jam 12 baru settle.
Seterusnya lepas dah dapat permit perjalanan, tiba lah masanya untuk inspection pulak. Kat sini sebenarnya korang ada 2 option sama ada nak buat inspection terus dengan JPJ ataupun inspection dengan Puspakom.
Aku difahamkan oleh abang JPJ.. kalau nak “mudah”, inspection tu elok buat terus je dengan JPJ sebab tak perlu nak pergi 2-3 tempat.
Tapi.. tapi.. realitinya..
Masa aku nak request JPJ untuk buat terus inspection kat motor aku tu.. kat bahagian inspection tu pulak bagitahu, inspection sebenarnya tak boleh dibuat pada hari yang sama dengan hari yang korang minta permit. Kata abang JPJ lagi.. sebagai contoh macam aku minta permit hari ni, maka hari keesokannya baru boleh buat inspection.
Dalam hati aku.. Hadoi… So aku nak kena datang lagi sekali ke ape ni??? Demmm!
Dah la sekarang ni aku datang JPJ aku apply cuti unpaid semata-mata nak urus pasal benda ni. Takkan nak kena apply cuti unpaid lagi sekali kot. Hadoi..
Jadi kat sini aku rasa JPJ perlu improve kan servis diorang supaya boleh ubah jadikan inspection tu hari yang sama. Yelah, memudahkan urusan pengguna orang kata. Buat hari yang sama lebih senang, tak perlu nak ulang-alik pasal urusan yang sama.
Disebabkan masa tu aku dah bengkek dengan prosedur JPJ yang tak menyebelahi aku tu, maka aku bagitahu abang JPJ aku nak proceed buat inspection dengan Puspakom je. Mujurlah sehari sebelum tu aku dah book appointment kat Puspakom siap-siap. Book online thru web je lepas tu bayar RM21.
Cuma masalah yang seterusnya, aku nak kena bergegas ke Puspakom pulak sebab nak kena dapatkan sijil lulus inspection secepat yang mungkin dan bawak semula ke JPJ sebelum 3.30 petang (abang JPJ kata kat Bangi ni diorang bagi nombor, kalau dah habis nombor.. kena datang esok untuk berurusan).
Haih.. terkejar-kejar aku macam lipas kudung. Dah la sebelum pergi Puspakom tu nak pergi tukar valve tayar motor kejap sebab tayar last minit pancit. Grrrr..
Jam 1.30 petang aku dah standby depan Puspakom Bangi dengan harapan kalau sampai awal dapat la masuk cepat.
Tapi agak sedikit malang sebab waktu rehat Puspakom sampai pukul 2.00 petang, maka aku ber”huhu” lagi lah kat atas motor.
Fast forward, tiba masa jam 2.00 petang. Aku daftar nama untuk masuk ke Puspakom, seterusnya proceed ke kaunter bayaran dulu untuk sahkan appointment.
Nak dijadikan cerita ni jadi lagi tragis, bila sampai je kat kaunter.. sistem pulak hang. Tak tahu lah offline ke server problem ke, yang aku faham katanya data tak leh nak key in. Tak masuk dalam sistem kata kerani tu. Nak tak nak kena tunggu sampai sistem okay balik baru boleh proceed.
Guys.. Hampir give up aku berdiri depan kaunter ni tunggu sistem okay. Akhirnya dekat-dekat pukul 3 baru sistem okay. Nak nangis weh.. aku ada masa berapa minit je lagi nak kena settle urusan kat Puspakom sebelum kena pergi balik ke JPJ.
Dalam hati aku dah menyumpah seranah dah, aku yakin pahala puasa aku nipis kaw-kaw hari tu. Hahaha. Tunggu person in charge datang buat inspection satu hal, tunggu result satu hal. Grrrr.
Inspection pun tengok-tengok gitu je, sambil check nombor chasis, signal, motor boleh start ke tak.. pastu PIC snap gambar 2-3 keping pakai inspection device dia. Kemudian lepas setengah jam macam tu, result baru keluar.
Tengok result, LULUS. Okay lega.
Bila dah dapat result.. of course lah kena bergegas ke JPJ semula walaupun jam kat tangan dah pukul 3.45 petang. Firasat aku dah mengatakan JPJ dah tutup, tapi nak buat macam mana.. gamble je la pergi dengan harapan JPJ masih bukak.
Malang nasib aku lagi sekali apabila, bila sampai je JPJ.. pintu dah tutup rapat. Saja aku buat bodoh pergi tanya boleh renew lagi ke tak. Tapi jawapan sedih yang aku terima apabila diorang cakap nombor dah habis untuk hari tu. So kena datang balik esok.
Dalam hati aku mencarut beberapa kali. Yela.. ko bayangkan betapa struggle nya aku dari pagi nak settle kan urusan. Akhirnya kena sambung jugak esok. Haihhh.. aku mampu start motor balik ke rumah dengan perasaan kecewa yang menebal. Rasa nak nangis pun ada. Hahaha.
Long story cut short, urusan keesokannya aku dapat mintak pertolongan adik aku untuk pergi ke JPJ. Kebetulan dia nak pergi ke JPJ jugak untuk renew roadtax, jadi mintak dia renew kan sekali roadtax motor aku. Mujurlah untuk urusan renew roadtax ni boleh wakilkan pada orang lain, kalau tak menangis lagi sekali gak la aku nak hadap beratur panjang-panjang. Hohoho.
Urusan renew roadtax selesai dah je bila mintak tolong adik aku. Lega tak payah sambung cuti.
You remind me of my old motorbike…guess it would be a real hassle indeed.
Sabar Hafiz,
Mmg benda ni teorinya senang. Tapi sbb PKP, office hour, waktu operasi yg pelik, sistem hang etc buat sakit hati nak dapat kertas sekeping tu.
Mmg saya pun dah rasa,
Permit perjalanan sementara tu pun patut ada kaunter khas nak dapat. Sebab bkn nya benda payah sgt nak keluarkan.
Tu sbb ramai je main pi inspection Puspakom tawwakal je — takde roadtax, takde pas perjalanan sementara semua. Bukan sebab suka nak langgar, tapi sebab redtape yg melecehkan. Karang kalau pi JPJ, free2 kena saman.
Bukannya JPJ tak boleh buat sistem online utk apply permit, dan book sistem utk inspection ikut waktu yg depa ada. Kalau nak mmg boleg buat. Tapi yelah, bos JPJ tak kisah sbb depa tak lalu apa org2 biasa lalu.
Nak suh Puspakom Bergerak datang umah, mahal sgt. Kalaulah boleh buat inspection motor kat umah murah2, pun senang kan?