Alhamdulillah. Selepas 6 bulan menunggu, akhirnya selesai juga urusan jual beli aset kekalku yang pertama. Zaman sekarang, semua orang dah sedia maklum bahawa rumah bukanlah suatu aset yang senang untuk dimiliki. Terlalu banyak karenah birokrasi dan procedure yang perlu dilalui bagi membolehkan sebaris nama tertulis diatas sekeping kertas geran.
Pengalaman berdepan dengan pegawai bank yang lambat buat kerja dan lawyer yang buat perangai berhenti tanpa notis tanpa ada orang lain yang mengambil alih tugas tersebut sedikit sebanyak menggangu emosi dan rutin harian terutama sekalinya buat isteri Hafiz sendiri kerana dari segi urusan dengan pihak bank dan lawyer, dialah yang kerap follow up.
Bila dikenangkan kembali agak sakit hati juga, sudahlah legal fee perlu dbayar secara advance beribu-ribu ringgit Tapi kualiti kerja yang ditunjukkan tidak seperti yang diharapkan. Bayangkan sendiri apabila dalam masa 5 bulan masih belum ada ura-ura bahawa urusan penukaran nama akan selesai. Hati siapa yang tak panas. Bila dihantar complain ke pihak pengurusan atasan barulah terhegeh-hegeh call customer minta itu ini.
Sabar ajelah selagi boleh. Allah tu Maha Mengetahui, mungkin semua yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya.
Lepas ini rasanya dah tak ada apa yang perlu dirisaukan lagi. Yang tinggal cuma minor adjustment seperti repair mana-mana bahagian rumah yang bocor (al maklumlah beli rumah second hand), cat rumah dan sedikit kenduri kesyukuran. Cuci rumah awal-awal lagi Hafiz dah buat. Hari pertama dapat kunci, esoknya terus ajak semua anak beranak gotong royong, sekali dengan khair pun datang cuci rumah.
p/s: Hari minggu yang memenatkan, tapi berbaloi-baloi wa cakap lu.
Sesekali saya berfikir untuk mengikut jejak seperti ini,hingga saat ini kami belum menjumpai rumah dengan harga yang sesuai dengan kemampuan kami.
insha Allah..tak lama lagi mesti ada rezeki saudara..cuma kena banyak bersabar dan teruskan usaha mencari
sy dulu beli rumah masa kmi berkwan huhu..pastu tak sangka masa nk kwin ingt kwn2 bergurau nak bli rumah .jdi sy tak layan biarlah aset dia tpi tk sangka dia bli kerna bersebab tahu2 kata dia umh ni bli duk masa kwin hee mmg sy suka. skg umh rm99 ribu..skrg area sini mana dpt lgi huhu..
tk ksiah bli rumh pertama baru atau second asal ada aset kita patut bsyukur .btw thniah
wah..masa berkawan pun dah boleh beli ye..bagus sangat tu..saya ni baru sekarang berkemampuan sikit..dulu kais pagi makan pagi.
akhirnya..setel gak kan..
itu la pasal..settle jugak..kalau tak migrain otak hari2 pikir pasal rumah tak settle
eloklah dah selesai. ada baiknya juga bro kongsikan pengalaman bro agar boleh dijadikan panduan rakan2 lain. maklumlah..setiap orang yg beli rumah berbeza masalah mereka.
betul tu bro..share setakat mana yang boleh cerita..harap2 boleh dijadikan panduan
alhamdulilah bro semuanya sudah selesai
Aminnn..alhamdulillah. 🙂
Alhamdulillah~ Tahniah kerana sudah memiliki rumah sendiri…
Alhamdulillah..tercapai jugak hasrat nak ada aset kekal sebelum umur 30.
tahniah bro sebab akhirnya dah berjaya miliki rumah sendiri. kadang-kadang bila banyak procedure dan orang yang diharapkan pula tak melakukan tanggungjawab mereka tu..memang lebih menyusahkan
thanks..betul tu..bila dah terkena masa tu rasa nak maki hamun pun ada.
Tahniah! Bukan senang nak beli rumah sekarang ni 🙂
Saya pun belajar sikit-sikit pasal hartanah ni… muda lagi, cari ilmu dulu, gaji pun takde lagi hehe. Idea homestay pun macam ok… tak gitu?
masa muda2 ni kalau ada duit beli rumah cepat2 bro..tak rugi beli rumah..kalau ada niat nak beli kereta abaikan dulu, rumah lagi penting..dah dapat rumah nanti senang kemudian hari..bro nk buat bisnes homestay? kalau kawasan yang ada tarikan tak jadi masalah rasanya.
wahhh teringat masa kecik2 dulu pindah rumah baru satu keluarga balik tolong cuci rumah, semuanya dalam kenangan heheh
saya dah lama tak pindah rumah bro..dah bertahun rasanya..sekarang baru pindah balik..masuk rumah sendiri..mungkin dah takkan ada lagi kot proses pindah2 rumah ni..hehe
tahniah…dah ada aset sendiri…
sy nya rumah plak..dah hampir 3 tahun x settled lg proses..br loan rumah lulus..huhu
terima kasih. uih..3 tahun tak settle lagi..ape masalahnya tu? kalau saya tak tahu lah apa nak jadi..6 bulan pun dah cukup terseksa.
tahniah hafiz… aset yang berharga. dkna sekarang mampu duduk kuartes jer dulu. 🙂
nanti jangan lupa bab makan2 tu ingat jiran sebelah hihiii
takpe dkna..slow2..settle kan hal kawin dlu, dah kawin nanti murah rezeki..mana tahu boleh beli rumah banglo terus..bleh la datang interframe..haha..jiran sebelah rumah tak suka makan makanan yang diorang sendiri tak masak..kekeke
Alhamdulillah. Tahniah bro. Penat lelah akhirnya terbayar juga. Moga makin bahagia dalam rumah istana baru ni…
p.s. bro beli kawasan mana ni? hihi
Alhamdulillah. rezeki Allah bagi dapat beli rumah kat sini. 🙂
saya beli kat bandar baru bangi bro. seksyen 3.
Tahniah, bab ni yg pasti menerujakan setaip insan bernama suami….saya juga sudah memiliki aset seawalnya umur 30-an……
tahniah untuk bro juga..mungkin lepas ni dah boleh set untuk dapatkan rumah kedua pula. 🙂
Perkara ini memang sudah dijangka belum lagi kos yang tak masuk akal perlu dibayar.
penalty disebabkan tempoh proses tukar hak milik terlalu lama tu yang buatkan kita super duper sakit hati.
tahniah kerana ada rumah baru..
saya pun bercadang nak beli rumah dalam masa terdekat..
pengalaman rakan-rakan dalam urusniaga beli rumah banyak membantu
kena beli cepat bro..rumah cepat sangat naik harga..tak terkejar kita ni.
memang mencabar … apa-apapun, kena be cool dan teruskan berusaha.
Selamat ya, sudah memiliki rumah, semoga nyaman ditempai bro!!
dah mula main property, sangat bagus tuhh=)