in

Susah ke jadi blogger?


Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap senang. Alasannya kerana kerja blogger ini hanya perlu copy paste je a.k.a plagiat mana artikel di internet kemudian letakkan ke blog sendiri. Tapi tak kurang juga ada yang berkata kerja blogger ini susah. Susah sebab blogger perlu selidik dan kaji dulu setiap artikel yang hendak disiarkan bagi mendapat kesahihan (takut nanti kena saman).

Bagi hafiz sendiri pula, tak dinafikan memang ada hari dimana blogging ini jadi senang. Senang apabila idea datang mencurah-curah. Tapi ada juga hari yang ia akan menjadi susah. Yang akan menambahkan lagi kesusahan, bila sampai masanya kita tidak mempunyai sebarang idea untuk kita coretkan didalam blog (kalau terjadi kepada blogger yang pentingkan trafik, boleh jiwa kacau sekejap).

Susah ke jadi blogger?

Well, apa-apa pun sebenarnya semua jawapan adalah subjektif. Bergantung pada persepsi atau niat masing-masing. Hafiz tak kata bahawa blogger yang cakap kerja blogging ni senang tu semua blogger plagiat. Ada juga blogger-blogger yang dianugerahkan akal fikiran yang hebat. Diorang tak perlu pun copy paste artikel orang lain, tiap-tiap hari artikel baru dari diorang semuanya fresh dari pengalaman dan pandangan diorang sendiri, seperti bro Ariff, bro Denaihati, bro Shakkido, bro Eyriqaz, Ben Ashaari (Hafiz respect diorang ni).

p/s: Tapi rasanya kalau dah betul memang angan-angan nak jadi seorang blogger, susah macam mana sekalipun perlu lah kita hadap. Bak kata pepatah “Hendak seribu cara, tak mahu seribu dalih“. Entry ini ditulis semasa Hafiz kekeringan idea.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to seratisiau Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *