Suprise Daripada TM

Apa lagi aku nak. UniFi dah dinaiktaraf secara percuma. Tak perlu sambung kontrak.. Tak perlu susah-susah pergi ke kaunter TM.

Tiba-tiba sampai je rumah lepas balik kerja, on UniFi, terasa kelajuan sambungan internet seperti terlebih laju daripada kebiasaannya.

Buka laman web speedtest, semak berapa kelajuan capaian internet, dan bila keluar result..

Nah..

Patutlah.. Daripada pakej 30Mbps dah jadi pakej 50Mbps. Hoho.. Akhirnya, tertunai janji TM.

Tak sia-sia aku accept offer TM Suprise tempoh hari. Sekarang, dah boleh layan internet di rumah dengan lebih selesa, walaupun sebelum ini ada minor problem (selalu lag, asyik kena restart). Tapi semuanya dah diselesaikan dengan penukaran router standard TM kepada router ASUS.

Pewittt!

Kalau dulu pendaftaran UniFi aku bermula dengan pakej VIP5 kemudian diberikan tawaran upgrade dengan harga rendah kepada Advance 30Mbps. Kali ini upgrade lagi sekali ke kelajuan yang lebih tinggi.

Haih.. Sayang TM ketat-ketat. Hik hik hik. Harap-harap tahun depan diorang upgrade kan jadi 100Mbps pula. ;p

Iklan: Untuk korang yang berminat untuk pasang UniFi boleh contact aku atau jenguk-jenguk je web unifi-promo.com, aku boleh arrangekan pemasangan di rumah korang dengan sebaik mungkin. Dengan syarat, rumah korang ada coverage UniFi lah. Kua kua kua.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

10 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Batman Dark Knight Kini Di Legoland

Mudahnya Daftar Anak Masuk Sekolah Darjah 1