in

Kali Pertama Makan Sup Tulang Merah Restoran Banafee Village, Johor Bahru


Masih lagi throwback trip percutian ke Johor tempoh hari. Tapi kali ini aku nak bercerita secara ringkas tentang menu yang menjadi pilihan ramai sekiranya korang search tempat makan sedap di Johor, iaitu sup tulang merah Restoran Banafee Village.

Restoran Banafee Village ini terletak di Jalan Dato Abdullah Tahir, kira-kira 20 minit jarak perjalanan daripada homestay Okish Edge. Dengan bantuan Google Map, perjalanan ke sana tidak begitu sukar walaupun terdapat banyak simpang yang perlu disusuri.

Apa yang sedikit menyukarkan bilamana setibanya disana, apabila tempat meletakkan kereta amat terhad sehingga pengunjung terpaksa berebut untuk meletakkan kereta di kaki-kaki jalan (same case kalau nak pergi Zoo Johor, parking tepi jalan jugak).

Walaubagaimana pun, tekanan perasaan yang melanda ketika mencari tempat letak kereta sedikit terubat apabila sup tulang merah dihidangkan di depan mata.

First impression ketika menu ini tiba ke meja, kelihatan seperti kuahnya sangat pedas dek kerana warna merah terangnya.

Diberi pilihan sama ada untuk memilih beberapa ketul tulang dalam satu set, aku memilih set paling kecil yang menyediakan 4 batang tulang beserta dengan beberapa keping roti bakar.

Suapan pertama ke mulut cukup untuk memberikan kepuasan buat orang yang dah lama mengidam nak makan menu popular di Johor ini. Ditambah lagi dengan sum-sum tulang yang boleh disedut menggunakan straw, ianya kepuasan berganda buat orang yang memakannya.

Sejujurnya, menikmati sup tulang merah adalah satu kenangan yang indah ketika berada di Johor.Cuma, dinasihatkan kalau nak pergi menjamu selera disini, dinasihatkan pergi awal untuk mengelakkan kesukaran mencari tempat letak kereta seperti yang diberitahu tadi.

Nota: Restoran Banafee Village lebih kepada tempat untuk golongan muda-muda melepak. Dibahagian luar, boleh dikatakan hampir setiap meja pengunjungnya menghisap shisha. Jadi sekiranya korang berkunjung bersama anak-anak kecil, sila duduk di bahagian dalam restoran.

Nota 2: Hampir kepada lewat malam, kami sempat menonton performance live band di mini stage yang terletak di tengah-tengah restoran. Quite okay untuk hiburan pengunjung.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *