Nama tak seindah rupa. Tapi, kalau dah sampai pasti akan tergoda.
Dikenali sebagai Sungai Bangan ataupun Bangang oleh penduduk tempatan, Sungai Bangang ini merupakan sungai yang jarang-jarang dilawat oleh pengunjung yang berkunjung ke negeri Terengganu.
Airnya yang menjernih sehingga menampakkan dasar, jelas sekali kelihatan bahawa kawasan persekitaran sungai ini masih terpelihara dengan rapi tanpa gangguan penceroboh.
Antara gelaran lain yang diberikan kepada sungai ini adalah “Jiuzhaigou”, yang bermaksud sebuah taman rizab semula jadi yang indah di China.
Dengan warna airnya yang membiru kehijau-hijauan, Sungai Bangang terletak di persekitaran Gunung Chemerong, Berembun dan Langsir.
Jejak bermula di Hutan Lipur Chemerong, didalam kawasan Hulu Dungun, jaraknya dianggarkan lebih kurang 100km daripada Kuala Terengganu, kemudian ke puncak Gunung Berembun, selepas itu pendakian diteruskan ke puncak air terjun Langsir sebelum tiba ke Sungai Bangang.
Menurut renjer hutan dan pendaki gunung yang berpengalaman, untuk membolehkan seseorang tiba ke Sungai Bangang ini, ia mengambil masa selama hampir 2 hari 1 malam sebelum sampai ke lokasi yang dihajatkan. Disamping cabarannya yang agak sedikit mencabar sepanjang pendakian dijalankan, kekuatan fizikal juga diuji ke tahap maksima.
Namun, segala kepenatan itu bakal terubat tatkala melihat suasana yang memukau dihadapan mata. Disamping airnya yang bersih sejernih kristal, hutan ini juga mempunyai air terjun diantara yang tertinggi di Malaysia (Lata Langsir – 1108 meter).
Dengan pemandangan yang sebegini indah, tidak dinafikan Sungai Bangang adalah diantara sungai yang tercantik di Malaysia. Dan andai kata suatu hari nanti anda berpeluang kesana, tolong.. tolong.. dan tolonglah jaga persekitaran Sungai Bangang ini sebaik yang mungkin ya.
Supaya orang-orang lain juga berpeluang menikmati keindahan yang pernah dirasai oleh anda juga. 🙂
Sumber gambar: Murshid Haji Maktar
p.s: Plan trip pergi sana jom.
Jernihnya air sungai ni… Kalau sampai sana siapa yang tak terjun mandi dalam sungai ni memang rugi…
pelik dr nama banga jd bangang.. hehehe
really nice place and good for hiking lah kalau nak kesana.. seronok dan enjoy.. kena pergi one day nanti. thanks for sharing
Memang kategori rare nama sungai tu.. hehehehe.
Jernih sekali sungai tu …
kami di Indonesia juga punya, coba search umbul ponggok klaten indonesia, motor-motor pun terjun ke bawah saking jernihnya 😀
Jernihnya air sungai ni… Kalau sampai sana siapa yang tak terjun mandi dalam sungai ni memang rugi…