Rasanya tak ramai yang tahu, posisi dan kedudukan tapak kaki seseorang memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, senget sikit boleh menyebabkan seseorang itu sakit pinggang.
Ya.. Betul. Aku pun pada mulanya agak susah nak percaya dengan fakta yang diberikan. Namun, selepas diterangkan oleh Dato’ Dr. Edmund Lee daripada Sunfeet International Rehabilitation Centre, kini aku mulai faham kenapa aku sering sakit pinggang dan betis hampir setiap minggu.
Merujuk kepada foot analysis report yang aku terima selepas selesai melakukan sesi foot arch test tempoh hari, jika korang perasan pada gambar tapak kaki aku, menunjukkan lengkungan (arch) kaki aku hampir kepada rata.
Nampak tak? Di bahagian tengah tapak kaki yang berwarna kuning. Seelok-eloknya dikawasan ini adalah sepatutnya berwarna hijau. Akan tetapi pada kaki aku ianya kuning, menunjukkan bahawa aku mempunyai masalah tapak kaki yang dipanggil flat.
Yang mana terma flat itu sendiri merujuk kepada keadaan dimana tapak kaki aku yang agak rata, lantas menyebabkan tekanan daripada badan kepada tapak kaki menjadi tidak seimbang. Maka disebabkan terjadinya keadaan seperti itu, lalu ianya menyebabkan pinggang dan betis selalu terasa sakit kerana bebanan yang terpaksa ditanggung.
Well, itu baru bercerita tentang permasalahan tapak kaki yang hampir rata. Dan secara jujurnya jika korang tertanya-tanya sama ada masih ada lagi kah masalah yang berkaitan dengan permukaan tapak kaki yang tidak betul?
Ya, sebenarnya masih ada. Secara keseluruhannya terdapat 5 jenis permasalahan tapak kaki yang tidak betul iaitu flat (rata), severe flat (rata yang lebih teruk), pronated (condong ke dalam), high arch (melengkung tinggi) dan severe high arch (melengkung tinggi yang lebih teruk).
Akan tetapi.. korang jangan risau sekiranya korang mempunyai salah satu daripadanya, ini kerana berita baik disebaliknya adalah ia boleh diperbaiki atau dicegah secara awal tanpa seseorang itu perlu melalui sebarang pembedahan.
Caranya?
Ahaaa.. aku memperkenalkannya disini yang mana ianya dipanggil custom made orthotic insole.
Apakah itu custom made orthotic insole?
Okay. Bagi yang belum pernah mengetahui apakah itu custom made orthotic insole, dalam bahasa yang mudah difahami adalah ia sejenis lapisan dalaman tapak kasut yang berfungsi memberikan keselesaan dan memperbaiki kedudukan tapak kaki seseorang. Well.. mesti korang kata benda ni banyak jual kat kedai kasut kan.
No.. no.. no. Itu adalah shoe insert yang berfungi untuk memberikan keselesaan semata-mata tanpa membetulkan masalah kaki korang.
Rujuk gambar dibawah untuk contoh custom made orthotic insole.
Yang menariknya tentang insole ini apabila, kalau dulu kita agak sukar untuk mendapatkannya kerana didalam negara terdapat kekangan teknologi dan pembekal kepada benda ini, namun sekarang ianya lebih mudah didapati apabila terdapat satu pusat jualan yang menjualnya yang dipanggil, Sunfeet International Rehabilitation Centre.
Bergantung kepada keadaan dan berapa kiraan “ketidakbetulan” kaki seseorang, proses membuat dan mendapatkan custom made orthotic insole ini terbahagi kepada beberapa langkah.
- Foot Biomechanical Assessment (penilaian struktur kaki)
- Foot Alignment Checking (pemeriksaan jajaran kaki)
- Farefoot and Rearfoot Checking (pemeriksaan tapak kaki)
- 3D Foot Scanning (Imbasan kaki 3D)
- 3D Plaster Casting (Pengambilan bentuk dan saiz kaki)
- Gait Analysis (Penilaian cara berjalan)
- Orthotics Fitting (Penyesuaian kepada kaki)
- Sunfeet Shoe Fitting (Penyesuaian kasut)
Disamping itu, sekiranya bacaan pada report korang tidak begitu merisaukan yang mana ianya boleh diperbetulkan hanya dengan menggunakan insole yang ready-made, ianya juga dijual disini mengikut jenis kesesuaian kaki.
Untuk makluman, custom made orthotic insole ataupun ready-made insole yang dibeli di Sunfeet Rehabilitation boleh dipakai pada mana-mana jenis kasut sahaja. Namun, untuk kesan yang lebih baik korang disarankan untuk membeli kasut-kasut yang tersedia dijual disini.
Kasut-kasut yang dijual bukan sahaja dibuat khas bagi memberi penjagaan yang menyeluruh kepada kaki si pemakai, malah dibahagian dalam kasutnya juga telah disesuaikan untuk pemakai memasang insole yang telah dibuat khas kepada korang.
Bukan itu sahaja, selain daripada menawarkan penjualan insole dan kasut-kasut kesihatan, Sunfeet International Rehabilitation Centre yang jelas tertera pada namanya juga merujuk kepada pusat pemulihan, yang mana ia membolehkan mana-mana individu untuk datang dan menjalani terapi pemulihan kaki serta mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar Sunfeet itu sendiri.
Pakar yang dimaksudkan, tak lain tak bukan iaitu Dato’ Dr. Edmund Lee, yang merupakan pakar dalam bidang Podiatric Biomechanics (sub kepada bidang Orthotics dan Prosthetic Experts), dan juga pewaris kepada legasi Lee Yin (datuk) dan Lee Joo Wee (ayah) yang juga pakar dalam bidang Orthotics dan Prosthetic.
Jadi, tak keterlaluan jika aku katakan kalau korang ada apa-apa masalah dengan kaki, disinilah pusat pemulihan yang boleh merawat kaki korang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sunfeet International Rehabilitation Centre, korang boleh layari laman FB mereka di www.facebook.com/sunfeetinternational ataupun layari www.sunfeet.com.my untuk dapatkan peta lokasi dimana mereka berada.
Bila cuba pakai kasut dengan insoles yang betul memang terasa lain macam. Sementara ada promo ni baik grab kan.
memang bagus ni.penjagaan kaki.. tak lah,sakit kaki.Terutamanya mereka yang bekerja yang kena berdiri lama.. selesa ada ni
Terima kasih di atas perkongsian yang penuh manfaat ni.
Memang bagus kasut Sunfeet ni, pernah cuba pakai rasa selesa sangat!