Suka Sangat Khair Belajar Bahasa Inggeris Di KLC Puchong


Awal Khair bangun ahad lepas. Jam 6.45 pagi dah siap-siap pergi mandi, sebabnya daddy dah janji nak bawa tempat special. Dia, kalau dah kata janji benda sesuatu benda, memang dia ingat. Tengah tidur lena pun boleh terjaga sendiri sebab nak tuntut apa yang dijanji. Hahaha.

Benda apa yang special sangat yang daddy janji tu?

Well, actually benda ni biasa je. Tak ada la super duper special sangat. Cuma benda ni sesuatu yang dia memang suka dan sangat berguna untuk kehidupannya dimasa akan datang.

English lesson, dekat KLC Puchong. Sebenarnya benda ni dah semacam tusyen premium untuk kanak-kanak, tapi secara teknikalnya di KLC ni ia dikhaskan untuk improvekan kebolehan anak-anak untuk menguasai penggunaan bahasa inggeris ke satu tahap yang lebih cemerlang. Haa.. Ini lah yang aku maksudkan special untuk Khair tu. Hahaha

So, macam mana aku tahu pasal KLC Puchong? Okay, ceritanya macam ni. Actually beberapa hari lepas aku ada ternampak someone up post dekat group Facebook tentang event opening day pusat pembelajaran KLC ini di Puchong.

Dan.. Elok pula opening day tersebut jatuh pada hari minggu dimana aku rest day, jadi on the spot aku fikir why not aku bawa Khair sekali kan. Lagipun masa event opening day ini ada free teaching session. Mana lah tahu Khair suka belajar kat sini, boleh cuba. Hee.

Jadi jam 8.00 pagi kitorang dah sampai di KLC Puchong (20 minit je dari Bangi), nampaknya lokasi pusat pembelajaran KLC ini memang benar-benar mudah untuk orang cari dan datang. Sebab lokasi premis KLC ini betul-betul dibelakang stesyen MRT Bandar Puteri. Well, kalau ada sesiapa yang naik MRT, walking distance je.

Kedatangan kami disambut mesra oleh petugas-petugas KLC Puchong. First impression, nampak menarik. Sebab boleh kata pendekatan KLC dalam menyediakan premis pembelajaran kepada kanak-kanak agak berlainan tapi dalam masa yang sama menarik minat kanak-kanak untuk kerap datang ke sini kerana tak nampak macam pusat tusyen langsung.

Memandangkan aku kata tadi bila dah datang event opening day ada free teaching lesson, jadi Khair join the first class mereka iaitu satu sesi group coaching selama 45 minutes. Dalam sesi coaching tersebut walaupun aku tak dapat nak dengar dengan jelas apa yang diajar (sebab tengok dari luar je), tapi dari kelihatan Khair bukan main happy masa dalam kelas – menjawab segala soalan yang diajukan cikgu (mula-mula tadi dia macam cuak gak nak masuk kelas, takut cikgu garang katanya.. Hahaha).

Ada sesi pembelajaran isyarat tangan, buat bunyi-bunyian, ada flashcard, lepas tu apa yang aku perasan.. pendekatan pengajaran daripada cikgu ke murid lebih mesra sebab dalam satu sesi kelas hanya ada maksimum 4 kerusi disediakan.

Aku tanya petugas, kenapa dalam satu kelas hanya ada 4 kerusi je?

Haa.. jawapan dia macam ni. Proses pembelajaran di KLC adalah unik kerana mereka menekankan keselesaan dan pemahaman kanak-kanak. Bukan seperti pembelajaran di tempat-tempat lain yang selalunya lebih kepada teknik mengajar anak-anak supaya menghafal perkataan-perkataan ataupun objek-objek dalam bahasa inggeris.

1 kelas maksima 4-5 orang. Dan bagi setiap sesi (kelas), waktu pembelajaran adalah selama 45 minit sahaja. Kenapa cepat sangat 45 minit, bukan sejam atau 2 jam? Sebabnya diorang ada method dan research diorang sendiri. Melalui pemahaman aku dan logik yang diberitahu, fokus anak-anak hanya tertumpu 45 minit pertama sahaja bagi setiap kali pembelajaran.

So, kalau buat kelas 2 jam.. 1 jam lebih tu berkemungkinan kanak-kanak hanya mengiyakan saja tanpa memahami sepatah haram apa yang diajar dan mereka juga dalam mood mengantuk. Macam kita yang dewasa ni gak, dengar apa orang ajar.. 30-45 minit pertama semangat lagi.. lepas tu dah mula menguap. Hahaha

Roadmap untuk habiskan modul pembelajaran di KLC Puchong

Selain daripada optimasi kepada masa didalam kelas, program pembelajaran di KLC ini juga direka supaya anak-anak dapat absorb apa yang diajar oleh pengajar dengan lebih efisyen. Tak seperti tusyen konvensional yang lain yang mungkin dalam sebulan ada kelas 4 kali sahaja. Di KLC, bergantung kepada ibu bapa untuk menghantar anak sehingga 3 kali seminggu – kalau 3 kali seminggu, sebulan dah 12 kali.. wow, banyak!

By the way, untuk makluman korang juga dimana KLC adalah salah satu language center yang ternama di negara selatan, Johor. Dimana secara keseluruhannya terdapat 16 cawangan telah diwujudkan.

Hadiah untuk mereka yang berdaftar di KLC Puchong. Pilih je nak mana.. Hohoho

Puchong adalah cawangan kedua yang dibuka di central region (KL dan Selangor), yang mana cawangan pertama mereka di central region adalah di Sri Petaling. So, dari sini menjelaskan sedikit sebanyak lah juga kan kenapa aku sanggup pergi ke Puchong sedangkan aku sendiri menetap di Bandar Baru Bangi – Kalau KLC ada buka cawangan di Bangi kan best. Hohoho.

Well.. benda ni kalau tak bagus, rasanya tak adalah sampai 16 cawangan yang dibuka kot. Dan melalui pemerhatian aku di premis pembelajaran KLC Puchong, sistem yang digunapakai bukanlah calang-calang. Kesemua profail pelajar, sistem kedatangan, malah urusan untuk schedule kelas pembelajaran pun boleh dipantau dan diuruskan secara online melalui portal dan mobile apps. Cool sangat weh!

Ingatkan kereta je pakai RFID, kat sini pun ada RFID tag jugak. Untuk sahkan kehadiran. Canggih!
Portal KLC

KLC Puchong dibuka setiap hari sehingga jam 10.00 malam, kecuali untuk Isnin dan Selasa ianya ditutup. Jadi sekiranya korang berminat untuk mendaftarkan anak-anak atau ingin bertanya lebih lanjut mengenai program pembelajaran bahasa inggeris disini, pergi je kat laman web diorang di Languagecentre.klceducation.asia.

Nota: Frankly speaking, ada sebilangan individu yang berpendapat pembelajaran bahasa inggeris tak begitu penting kerana mereka lebih mementingkan bahasa ibunda. Well, bahasa ibunda itu memang penting. Tapi bagi pendapat aku.. seiring dengan era modenisasi, kalau kita nak berkembang maju dan competitive, english language is important for us to get learned. English dah jadi global language. Janganlah jadikan isu itu sebagai barrier kepada keperluan anak-anak di masa depan. Sebab kalau anak-anak kita tak berjaya menguasai bahasa ni, rasanya di dunia nyata ketika mereka menempuh alam pekerjaan nanti susah sikit kot nak compete dengan orang lain. Terutamanya kalau kerja yang memerlukan komunikasi dengan pihak luar. Heee.

p.s: Tengah usha date bila boleh hantar Khair lagi. Huhuhu.



3 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini