Pejam celik, pejam celik dah 6 tahun lebih aku blogging dengan serius. Sebelum daripada tu boleh kata aku blogging sekadar suka-suka, entri pun dihasilkan tanpa sebarang tujuan. SEO? Lagi la kelaut. So, bilamana hati dah mula kata serius.. ya, aku maksudkan juga menetapkan arah tuju blog aku. Aku ada target aku sendiri, aku tau apa yang aku nak achieve.
Yang penting, dalam masa yang sama aku nak lebih ketengahkan diri aku supaya diri menjadi subjek dalam blog yang boleh dijadikan rujukan ataupun kenangan dimasa akan datang. Lagipun, nama blog pun dah guna nama sendiri. Jadi, macam tak kena la pulak kan kalau nak cerita pasal orang lain pulak. Betul tak?
Teringat dulu waktu aku mula-mula blogging, blogspot adalah antara platform terawal yang aku gunakan. Walaupun kalau tanya sekarang, platform ini adalah pilihan terakhir aku.. Dulu aku pilih sebab itulah salah satu platform yang aku boleh gunakan secara percuma. Dan lagipun technical knowledge yang ada pada diri aku berkenaan hal-hal editing blog pada masa tu masih lagi terhad. Seriously nak edit html code pun terkial-kial, jadi aku start from zero.
From zero maksud aku, aku berguru pelan-pelan dengan tutorial-tutorial mat saleh di Yahoo (yang mana pada masa itu ia merupakan enjin carian yang popular), tak kurang juga dengan tutorial di Google (pesaing Google).
Personal coaching? Ahhh.. Itu sekadar mimpi. Zaman dulu mana nak ada sifu-sifu blogging ni. Paling kuat pun belajar melalui forum. Zaman internet baru nak berkembang di Malaysia, ramai duk sibuk main mIRC – Zaman sekarang je ramai individu yang buat seminar besar-besar, kemudian claim diri sendiri sifu. Hahaha.
Masa bergerak laju tanpa mempedulikan aku, dan long story cut short. Tiba satu masa bila mana aku merasakan dah semacam useless untuk berblogging tanpa arah tujuan. Entri-entri yang ditulis tanpa membawa sebarang makna untuk life aku dirasakan sangat menyemakkan mata.
Maka, disebabkan itu.. aku nekad untuk revamp blog hafizrahim.com kepada blog yang lebih bermanfaat. Cerita lifestyle berkenaan peribadi dah semestinya dikekalkan, namun ditambah sedikit perencah. Supaya tak jadi blog caca marba macam dulu. Dan yang paling best, revamp bukan sekadar dipermukaan luaran.. malah dalaman (sistem operasi) juga bertukar, dimana pada ketika itu nekad untuk berhijrah daripada blogspot kepada platform yang lebih advance iaitu WordPress.
Ingat lagi aku pada waktu tu, hanya berpandukan sebuah ebook yang aku dapat secara percuma dari sebuah laman blog gadget, tutorial yang dikongsikan aku follow satu per satu tanpa mengenal erti bosan.
Daripada pengenalan apa itu hosting, apa itu domain, tips-tips mengenal pasti hosting terbaik, seterusnya aku study juga cara-cara membuat tetapan, pemasangan fail CMS WordPress ke dalam hosting melalui FTP (File Transfer Protocol) dan WordPress security. Kemudian, sedikit demi sedikit aku touch up theme yang digunakan dengan sentuhan peribadi, termasuk optimasi penggunaan plugin mengikut kesesuaian blog.
Serius, kalau dapat dibayangkan macam mana berkecamuknya fikiran aku ketika waktu ini.. dah ibarat semacam wayar tersimpul. Berserabut. Ya lah, aku bukannya ada background IT ataupun science computer yang mungkin tahu selok belok perihal teknologi maklumat, kemudian nak kena setup sendiri WordPress, plus kena survey hosting terbaik untuk blog supaya tak menjadi kemudaratan kemudian hari.. weh, macam-macam sangat-sangat. Rasa kagum dengan diri sendiri boleh konsisten bagi komitmen macam tu sedangkan kat sekolah malas belajar. Hahaha
Akan tetapi, berkat kesabaran dan keinginan yang tinggi tanpa paksaan orang lain, kesemua tutorial yang diajar dapat dihadam dengan baik. Maka, terhasil lah blog hafizrahim.com yang korang hadap sekarang ni. Mantap, laju lagi hensem seperti tuannya. Keh keh keh.
Wajah baru blog hafizrahim.com. Lebih fresh, tersusun dan paling penting lagi ringan berbanding sebelum ni. 😉
Kini, dengan hanya mengemas kini entri-entri yang berkisahkan perihal peribadi serta sedikit tutorial dan info-info berkenaan dengan teknologi, aku masih lagi konsisten menjaga blog tersayang daripada berkubur. Blog passion aku weh. Tak berkongsi cerita dalam blog, rasa macam tak keruan kejap.
Cumanya, tu la.. aku agak sedih jugak apabila rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai blog-blog seusia dengan blog aku kini dah makin berkurang. Satu per satu blog-blog diorang hilang ditelan peredaran masa. Blog-blog yang aku jadikan rujukan dan bahan bacaan dah makin pupus. Nak harap blog baru.. tak banyak yang best. Kebanyakannya cerita pasal job review. Naik lemau aku membacanya.
By the way, aku masih positif. Aku tahu walaupun ada yang berpendapat blog aku pun tak best, tapi at least aku cerita pasal diri sendiri dan pengalaman-pengalaman sebenar aku okay. Almost 7 years and still counting.. hopefully dapat jaga blog ni sampai ke tua. Lepas tu aku wasiatkan bagi anak-anak aku pulak untuk jaga. Hee.
Nota teknikal: Sedikit nota perkongsian mengenai hosting dan blog wordpress. Sebenarnya ada banyak syarikat hosting yang menawarkan pakej-pakej hosting yang berlainan spesifikasi dan harga. Bergantung kepada keperluan individu, ada yang murah dan ada yang mahal. Namun, perlu diingatkan yang murah tak semestinya cokia, dan yang mahal tak semestinya power. Jadi, jika korang sedang mencari pakej hosting yang terbaik aku sarankan dulu untuk merujuk artikel perbandingan hosting di sini – Hosting blog terbaik.
Cantik dan kemas.Sekali masuk ke blog san,terus rasa excited nak explore lagi dan lagi..Thumbs up!
Boleh jadi motivasi bagi blogger pasif macam aku untuk aktif semula ji..dah bertahun pasif walhal ramai rakan fb dari bloggers
Untung la… Bro dulu bermula dengan apa entah… xleh nk ingat dah.. then Joomla etc.. Memang belajar sendiri coding zaman study tau2 je jadi programmer walaupun study dekat U course lain dan belum habis lagi.
Habis study, disebabkan blog… terus dapat offer kerja dalam bidang IT as system developer… perghhhh cerita lama…
By the way… guna wordpress since 2008, tp untuk blog sendiri since 2009
Tahniah & moga terus smangat berblog. I pun dah hampir 8 tahun ada blog, tapi masih agak lost bab hala tuju hehehe. Yang pasti, suka WordPress gak sejak berguru ngan Hassan 😂
Inspirasi untuk blogger baru mcm sy ni. Keep it up cikgu!
semoga sukses selalu bro.. bole jadi inspirasi kepada blogger2 baru seperti sya dan yang lain-lain
rasa nak belajar lebih la pla dengan sifu ni…hihihi.. sbb banyak benda lagi ni yang perlu nak dibelajar dlam dunia blogger
Dari blogspot ke wordpress, lama-lama dah terbiasa dengan platform wordpress juga. 😀
semoga trus sukses sifu….