in ,

Sudah 6 Bulan Masuk Kelas Renang, Dah Pandai Berenang Ke?


Seminggu sekali memang aku akan teman Khair pergi kelas renang. Sekarang kalau ikutkan, dah 6 bulan tempoh dia belajar. Dan aku.. hanya melihat dari jauh memerhati apa yang coach belajar. Kadang-kadang ada la nampak dia macam tak fokus dan banyak main-main bila coach ajar.

So bila habis praktis, aku tegur. Alhamdulillah.. Minggu seterusnya, dia kembali fokus pada pembelajaran yang coach ajar.

Secara jujurnya apa yang aku boleh kongsikan, boleh nampak la perkembangan positif dari segi teknik dan kepandaian Khair berenang. Kalau masa awal-awal dulu, dia zero pasal berenang dan cepat panik bila badan tenggelam dalam air (cuma perasaan excited menguasai diri.. ye lah, mana ada budak tak suka main air kan. Tak sihat pun tiba-tiba jadi sihat. Hahaha).

Tapi sekarang, Khair nampak lebih tenang dan konfiden untuk berenang lebih laju ke depan. Kaki, tangan dan badan dah boleh synchronize. Dia pun makin enjoy attend kelas.

By the way, apa yang Khair belajar sekarang lebih kepada berenang end to end. Tak nampak lagi dia belajar untuk apungkan diri di tengah-tengah kolam. Tapi tak apa. It’s okay. Tak lama nanti ada la tu coach ajar. 😉


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Bagus kalau boleh berenang nie. Myra dah masuk 30 baru terfikir nak pegi kelas berenang sebab dah terminat aktiviti snorkeling dan berangan nak cuba diving. So kena la belajar berenang. Harap belum terlambat la untuk belajar berenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *