Entri ini khusus untuk pengguna WordPress. Storage penuh? Itu normal. Rumah kalau dah masukkan bermacam-macam barang lama-lama boleh penuh. That’s why kita kena clean up mana yang tak diperlukan untuk sediakan ruang yang secukupnya untuk kita masukkan barang-barang yang baru.
WordPress, sama juga. Asasnya kalau storage penuh ini antara 2 je. Database penuh ataupun backup file dah terlebih-lebih. Tapi untuk kes backup file jadi terlebih-lebih bilamana selalunya masa WordPress installation korang guna script softaculous dan enable-kan fungsi backup file.
Please take note: File backup memang wajib ada in case blog korang kena hack atau dah jadi bengong, so kat sini file backup itu akan diguna pakai untuk revert balik kepada keadaan asal yang sebelumnya. Cuma, bila dah kekerapan untuk auto backup tu banyak.. jadi disitulah timbulnya file backup yang terlebih-lebih.
Dalam entri ini aku akan ajar korang untuk membuat semakan terhadap “backup file” sekiranya hosting korang dah penuh.
Caranya mudah je.
- Login ke cPanel.
- Bergantung kepada layout cPanel korang, kalau pakai default layout. Di sidebar korang akan ada link “Disk Usage“. Klik pada link tersebut untuk display detail folder mana yang penuh.
- Nampak senarai location folder? Good. Okay sekarang pergi klik pada softaculous_backup/. Kalau korang perasan disebelahnya akan display berapa storage yang dah korang guna untuk backup.
- Sampai kat sini korang dah boleh nampak file yang berada dalam folder backup tu. Ini adalah salah satu folder yang korang boleh tengok melalui File Manager. File yang perlu ada dalam ini (sekiranya ada backup) adalah file yang ber-extension kan .tar.gz.
- Untuk kurangkan storage korang yang dah penuh, select dan delete file .tar.gz (file backup) tadi. Tapi perlu diingatkan.. kalau file backup ada banyak, tengok betul-betul tarikh bagi setiap file backup dan delete yang lama sahaja. **Tinggalkan 1 file .tar.gz yang mempunyai tarikh yang terkini in case korang memerlukannya suatu hari nanti.
- Sesudah file backup di-delete. Klik pada View Trash. Sekiranya fila yang di-delete tadi berada dalam Trash, sila delete permanently.
- Siap. Kembali pada cPanel, korang refresh. Kalau korang buat dengan betul, korang akan dapat lihat storage korang yang asalnya dah penuh jadi ada ruang balik.
Peringatan: Sila amalkan step-step kat atas ini 2-3 bulan sekali. Kalau rajin, jenguk je tiap-tiap bulan. At least korang boleh budget bila hosting korang akan penuh dan plan untuk upgrade sekiranya perlu.
Nota: Kalau dah delete backup file pun storage masih penuh, mungkin kena check gambar-gambar ataupun video yang telah diupload sebelum ini. Ataupun kena check database sama ada dah delete belum file-file seperti auto-draft, revision, post meta, deleted comments, transient options dan bermacam-macam lagi. Cara termudah untuk maintenance database adalah melalui penggunaan plugin Optimize Database after Deleting Revisions.
ya..perlu berhati-hati ni..