StarCraft: Remastered

Mengimbau kenangan lalu, disebabkan game Starcraft ini dulu aku sanggup ponteng sekolah. Setiap hari sabtu, awal-awal pagi dah mengayuh basikal keluar rumah semata-mata ingin berkumpul di cyber cafe untuk melayan game ini bersama-sama rakan sekelas.

Kini, game strategi ini dihidupkan kembali dan telah dinaik taraf oleh Blizzard. Dengan nama StarCraft: Remastered, versi upgrade game ini hadir dengan sokongan grafik 4K.

Dari segi penawaran permainan, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri permainan StarCraft yang asal, dimana para pemain boleh memilih bangsa yang diinginkan seterusnya membangunkan kawasan jajahan serta menyerang pihak lawan.

Harga yang ditawarkan untuk pembelian online StarCraft: Remastered di Blizzard Shop adalah cuma $14.99, dan semestinya game ini boleh dimainkan sama ada melalui PC ataupun Mac. Selain versi naik taraf, korang juga boleh memuat turun versi asal game StarCraft ini yang ditawarkan secara percuma.

» Muat turun StarCraft untuk Windows

» Muat turun StarCraft untuk Mac

» Beli secara online StarCraft: Remastered

p.s: Antara cheat code yang aku selalu guna ketika bermain Starcraft adalah show me the money dan black sheep wall. Epik gila. Ahaks.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *