in

SSD Tak Tahan Lama?


Sebulan dah guna custom PC, so far so good. Ada few things yang aku gain knowledge bila involve dengan benda sebegini. Kebanyakan daripadanya dah tentu adalah IT related, terutamanya pasal graphic card. Tambah lagi dengan pengguna SSD NvME M.2, dia punya laju tu.. pehh buatkan aku lupakan Macbook Air aku buat seketika. Kesian Macbook Air aku. Hahaha.

By the way untuk kali ni nak share info pasal SSD sikit. Seperti yang aku bagitahu kat atas, custom PC aku guna SSD jenis NvME M.2. Pendek kata SSD jenis ni adalah SSD yang paling pantas buat masa sekarang.

Compare dengan SATA SSD, NvME M.2 lagi laju. Kalau compare dengan HDD pulak, of course la perbezaan dia bagai langit dan bumi. SSD NvME M.2 tinggal HDD bertiang jauhnya.

Cuma.. nak note kat sini sikit walaupun SSD dibanggakan dengan kelajuannya yang berdesup.. lifespan dia tak setahan HDD. Untuk makluman korang, jangka hayat SSD dikira melalui TBW (Terabytes Written) nya.

Sebagai contoh korang usha screenshot kat bawah ni, ia adalah spesifikasi SSD ADATA SX6000 Pro M.2 512GB dalam custom PC aku.

Nampak tak dalam column TBW?

Tengok yang capacity 512GB punya.. TBW nya adalah 240TB.

Tengok pulak screenshot TBW SSD dalam custom PC aku pulak. Sekarang dah guna 0.75TB. Makna kata, selagi TBW korang masih tak cecah TBW maksimum tersebut, bermakna SSD korang masih selamat untuk digunakan. Cuma bergantung kepada penggunaan, kalau urusan kerja korang yang memerlukan untuk write data dalam SSD terlalu besar dan kerap, maka TBW korang akan capai maksimum dengan lebih cepat… dalam masa yang sama, boleh kata lagi cepat pendek umur la SSD korang tu.

Haa.. So sekarang korang dah tau SSD kena ni pentingkan TBW, jadi macam mana nak periksa TBW SSD dalam pc kita?

Haa.. soalan ni kira wajib la orang tanya kalau baru tahu pasal TBW.

Well.. Mudah bagi pengguna SSD ADATA seperti aku sebab pengeluar jenama ni dah sedia kan software (download online je) untuk self check TBW dan “remaining lifetime” SSD korang. Software yang dimaksudkan adalah ADATA SSD Toolbox.

Tapi kalau korang bukan pengguna SSD ADATA? Maaf.. aku sendiri pun tak tahu nak suggest kat mana. Cuma apa yang aku boleh kongsi, ada banyak lagi software percuma yang membolehkan korang periksa TBW SSD korang tu. Korang kena download dan cuba sendiri la okay.

Nota: Sifir mudah nak anggar berapa lama SSD korang boleh tahan.. sebulan tengok berapa TBW dia guna. Macam aku ambik contoh 1TB. So untuk SSD ADATA SX6000 Pro M.2 512GB maksimum TBW adalah 240TB.. bahagikan je la.. congak pun boleh kira dah, 240 bulan. So ambik pulak 240 bahagi 12.. dapatlah 20 tahun. Jadi, senang kata dengan kadar penggunaan sekarang.. perlu 20 tahun sebelum TBW capai had maksima TBW.

Jadi itulah sedikit sebanyak nak kongsi dengan korang pasal SSD dan TBW. Next time kalau ada info lain yang menarik aku akan share lagi okay. Thanks for reading.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. 20 tahun rasanya dah cukup power dan tahan lama — kalau kegunaan personal. Sebab selalunya 5 – 6 tahun dah tukar laptop/pc baru dah sbb semua benda rasa dah slow.

    Ini mungkin jd issue kalau kita ada company hosting atau industry. Tapi kalau utk wfh, patut xde problem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *