Motor dah hidup maka selesai urusan repair motor FZ150i aku tempoh hari. Sekarang nak kena tukar barang-barang lain yang berkaitan pulak. Barang-barang yang aku maksudkan adalah tayar dan jugak sprocket.
Dua benda alah ni kalau diikutkan dah makan tahun jugak aku tak tukar. Balik dari bengkel Aden Motor tempoh hari, masa tengah bawak motor, dah boleh dengar dengan jelas bunyi-bunyi yang tak menyenangkan daripada rantai motor. Krukkk krukk ketakkk ketakkk.. Haih stress je dengar.
Bawak motor pun terasa berat je, macam ada beban yang buatkan semacam tersangkut je motor tu nak bergerak lebih laju.
Manakala tayar pulak, lebih kepada isu keselamatan. Bila motor lama tak gerak, maka getah tayar mengeras. Kalau dah mengeras, memang tak sesuai dah nak bawak ke mana-mana. Tayar kurang grip, pecah tengah jalan pun mungkin boleh jadi. Nak ambik corner? Lagi lah tak confident. Terutamanya bila dekat permukaan tayar pun dah boleh nampak jelas rekahan-rekahan halus. Bahaya woi.
So semalam hari Ahad aku ada masa terluang sikit, jadi aku terus bagitahu wife nak pergi cari kedai motor untuk tukar dua benda ni dan nasib aku baik sebab kat Bangi ni ada beberapa kedai yang bukak weekend, yang mana salah satunya ialah Yusof Motor.
Kedai motor ni kalau tengok dalam Google Map dia claim expert untuk motor Honda RS150. Tapi apadahal, walaupun aku bawak Yamaha.. diorang pun boleh buat. Hehehe. Lokasinya kat Jalan Teras Jernang. Owner melayu.

Dan satu benda yang aku suka bila datang tukar tayar kat sini tempoh hari, bilamana proses pomen bukak tayar motor ni dia guna pakai mesin. Ala.. mesin macam bukak tayar kereta tu. Tapi yang ni mesin kecik sikit la, yang ngam saiz tayar motor.

Makna kata bila pakai mesin bukak tayar ni, maka terselamat lah bibir-bibir rim motor daripada kerosakan akibat diumpil dengan batang besi bukak tayar tu. Ada faham? Kalau sayang rim, wajib cari kedai ada mesin macam ni okay.
Dan disebabkan aku dah outdated pasal motor-motor ni. Zaman aku dulu tayar motor famous adalah Dunlop TT900. Tapi sekarang aku main bedal je tayar macam mana pun, janji corak bunga tayar tu lawa yang mana kali ni tayar yang aku beli adalah dari jenis Maxxis Diamond.

Saiz? Yang belakang aku ikut saiz tayar lama @ standard motor FZ150i iaitu 100/80-17. Manakala untuk tayar depan aku pakai 80/90-17 (aku pun tak tahu kenapa aku pilih saiz ni sedangkan yang standard adalah 90/80-17.. maybe time ni tengah confuse. Hahaha).
Untuk sprocket pulak aku maintain tukar pakai rantai 428, cumanya kali ni rantai O-ring yang aku dapat tu adalah color gold. Masuk motor nampak smart sikit la. Saiz sprocket depan maintain saiz 15, manakala sprocket belakang aku kecikkan sikit jadi 41 (saiz standard 42).
Semua yang aku beli ni tayar dan sprocket kalau nak jimat, beli melalui Shopee je. Cuma kalau beli kat Shopee kena tunggu barang sampai dulu la baru boleh pasang.

Haa.. technically lepas tukar dua benda alah ni, patut dah okay dah bawak motor aku ni. Sedap dan selamat. Disokong lagi dengan statement aku dah test ride lepas dah siap pasang semua, dan sah.. kini motor aku dah jadi makin ringan.
Pulas throttle sikit je motor tak ringan nak ke depan. Tak macam sebelum ni aku ada cakap kat atas yang mana kalau pakai tayar dan sprocket yang lama, motor berat semacam terlebih beban. Hehehe.
So itu je la ceritanya pasal motor FZ150i lampu bulat aku tu. Total kos untuk tayar dan set sprocket yang aku bayar adalah dalam RM400+. Sorry aku tak ingat kos sebenar, yang aku ingat harga tayar belakang je RM175. Cari resit tak jumpa pulak, cicir kat mana entah. Adehhh. Tapi overall aku puas hati je kedai ni.. wajib datang kalau lain kali nak tukar tayar lagi. Hee
Wow the tyre for big bike really cost a lot just like that for a small car.
dok bangi ke bang? hehehe