Spekulasi Boeing MH370


Naik muak apabila terlalu banyak spekulasi di sosial media yang dihebahkan tentang nahas pesawat MAS Boeing MH370.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila terdapatnya penyebaran rakaman audio yang kononnya itu adalah rakaman audio dari pesawat yang terlibat.

Sedih..sedih.

Demi keuntungan dan kepuasan peribadi, aku tertanya-tanya bagaimana mereka sanggup berbuat demikian. Adakah mereka tidak mempunyai sensitiviti terhadap emosi dan juga perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat?

Menurut kata-kata daripada seorang pakar penerbangan kepada Astro Awani;

Hanya kalau ada bangkai pesawat ditemui barulah pesawat itu boleh disahkan sebagai terhempas.

status terbaru MH370

Jadi, cukuplah. Hentikan penyebaran info-info yang korang sendiri belum dapat pastikan kebenarannya. Mari kita sama-sama panjatkan doa kepada kesemua yang berada didalam pesawat MH370 ini supaya mereka selamat dan dapat pulang kepangkuan keluarga masing-masing.

p/s: Pray for #MH370


8 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini

CommentLuv badge